Friday, July 12, 2013

So, I am back!

Hai semua!

Selamat berpuasa :)

Bukan main lama lagi tak update blog. Rasa macam gementar nak menaip pun ada. Hiks.
Update terbaru ; saya adalah seorang liquid paper (mengandung) lagi. Sabtu ni masuk 23 weeks. Clearly, i wish for baby girl tapi nampaknya perut muncung ke depan macam masa Rayyan dulu. Jadi saya berserah saja kepada Allah sama ada boy atau girl asalkan baby sihat dan sempurna sifatnya bila lahir nanti. Cadangnya week 26 baru nak scan gender kat tempat yang sama dengan Rayyan dulu. Dan saya harap tiada lagi diabetis masa pregnancy macam dulu. Moga tiada lagi komplikasi sewaktu bersalin dan boleh bersalin secara normal.

So, my new life... Never been better. Suami saya bagai satu anugerah Allah kepada saya. Very soft spoken, caring, loving, take good care of me and Rayyan, he cooks, he cleans, he repair things, he send me to classes every other weekend, he throw away the garbage, he wash the dishes etc etc. In one word, he do everything. And we do it together. 

Saya sedikit jakun dengan perbezaan besar dalam hidup saya. Jauh di sudut hati, saya tahu Tuhan masih sayangkan saya sebab temukan jodoh antara saya dan lelaki ini. Saya jadi jakun sebab umur 29 tahun baru saya dapat rasa kasih sayang yang padu dari seorang lelaki. Syukur Alhamdulillah, saya benar-benar berharap kebahagiaan kami kekal selama-lamanya sampai syurga.

Memang Tuhan temukan kita dengan orang yang salah, supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita kepada ketentuanNya.




Wednesday, November 28, 2012

Couldn't be more happy.

@eleanakamal weds @Naz_Grazz!

My life is complete. 24th November 2012, Masjid Tuanku Mizan, 
WP Putrajaya.
Small ceremony for family, relatives & close friends, 
lodsa love and thanks to those who come and help. 
Picture credit to @isepunye & BesiKarat.
For more photo Instagram @eleanakamal








Tuesday, July 31, 2012

Teman Pengganti.

By Malique feat. Black.
It has a very sad and mysterious lyrics, which is why I love this song so much. And the melody... Is Malique sick or dying or something? So sad :'(
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
Rahsia ini telah lama aku pendamkan
Tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi, pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadiir
Ingat setiap ulang tahun, setiap hari lahir
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna
Rahsia ini telah lama aku pendamkan
Tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi, pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman susuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti
Aku kan pergi bertemu kekasih abadi
Tiba masanya kau cari teman pengganti


Wednesday, July 18, 2012

Sometimes I love my own tweets.

Lebih-lebih lagi kalau berkenaan perempuan taktau masak. Paling saya suka betah.

*Klik untuk tumbesaran. Dibaca dari bawah.


Friday, July 6, 2012

Digging for this.



Inzal weyyyy, inzal! 

Michael Kors Chronograhy Watch. I prefer it gold. 


Wednesday, June 20, 2012

Anak mangsa penceraian ibu bapa.

[SOURCE]


Apabila jalan penyelesaian adalah perceraian, pasangan akan mengambil keputusan untuk mengambil haluan masing-masing dan bergerak sama ada solo mahupun bersama teman baru dalam hidup mereka. Namun, pada masa yang sama, dalam meleraikan segala kekusutan itu, mereka tidak sedar kehidupan anak mereka tersepit di tengah-tengah dilema dua hati dan berperang dengan curiga yang tidak tidak pernah diambil kira.



Kanak-kanak yang masih mentah terpaksa bergolak dengan pemikiran dan perasaan sendiri kerana terpaksa melihat ibu bapanya sering bertikam lidah mahupun tidak lagi duduk serumah.


Katanya, kanak-kanak yang melihat keluarga berpecah berkemungkinan mengalami masalah emosi seperti kurang keyakinan, murung dan celaru berbanding kanak-kanak yang memiliki kehidupan normal. Mereka kecewa dengan hidup, murung, suka membuli, melakukan keganasan, gagal dalam akademik dan juga gagal dalam hidup. Anak ini juga mengalami tekanan emosi yang teruk, kesihatan badan tidak kuat, kemurungan, bimbang dengan hidup, bahkan lebih pendek jangka hayat mereka. 



So, orang-orang sekeliling Rayyan harap faham. Budak yang parent bercerai ni perangai memang lain macam. Mengada lebih, manja lebih, gedik lebih. Atok nenek pun sayang lebih, kesian lebih. Semua nak dapat. Bukan dia mintak mak bapak dia bercerai, dia budak lagi bukan tau apa. Janganlah jeling, menyampah, rasa benci dengan budak-budak macam ni. Kalau dia bwat salah, tegur lah, marah lah, pukul lah kat kaki, tapi janganlah jeling dia. Janganlah pandang dia dengan perasaan benci. Kesian budak. Saya sendiri sebagai mak kadang-kadang tak boleh sabar, kadang-kadang mengeluh, pukul dia dengan niat mengajar, tapi last-last bila anak dah tidur, kita tengok muka dia, kita sendiri rasa menyesal. "bwat apa aku pukul dia, marah dia? Dia bukan tau apa" Memang orang sekeliling semua sayang dia, tapi kasih sayang dia tak lengkap, parent dia dah tak bersama. Tak macam budak lain yang duduk serumah dengan parent dan adik beradik lain. So, orang sekeliling tu try lah faham. Jangan benci anak saya. Dia nyawa saya. Buruk camane perangai dia pun, dia tetap anak saya. Saya tak suka orang jeling anak saya dengan perasaan benci.

I know I'm not a perfect mother to Rayyan but I'm trying my best to be the best for him. So, just quit judging.


Monday, June 18, 2012

Rayyan is fat.

Rayyan is fat. He is not just fat, he's overweight. He needs dietitian for God sake. This is serious. His ideal weight is 17 kgs but now he's reaching 30 kgs. Cheeeesseeeeeee. HE IS FAT.

Shayang, no more Happy Meals. No more 8 times milk a day. No more ice cream. No more sweets. No more plate full of rice. Shayang, u have to eat less. U have to eat healthy food. Mama will google and cook diet menu for u, shayang. AND U HAVE TO EAT WHAT I COOK.






Tuesday, June 12, 2012

TwtupKami.


 Hai, shaya Rayyan. Ini ketama kali shaya ikut mama ke twtup. Kat Bukit Jalil 9hb lepas. Mama nak test market shebagai shingle mama, mama yang cakap bukan shaya cakap.


Shaya baring bawah khemah futsal tunggu mama tunggu oghang main futsal,shiapa mama tunggu pun shaya taktau.


Bila shaya boghing, shaya tidur.



Ghamai layan shaya main bola, shebab shaya sheorang yang hyper dan gemok dan chomel dan macam-macam lagi semua pun shaya.


Mama bilikan shaya makanan ni. Shedap shangat! Fries tu gemok- gemok macam shaya pastu ada cheese maaaanyak tapi ada tabur shayur shikit shaya tak shukaaaaa.


Phastu shaya buat face paint Shpidermannn! 


Mashe shaya buat face paint ni, penuh orang kerumun shaya cakap shaya comel. Shaya malas nak layan peminat-peminat shaya tu. Shaya control je cute shaya.


Hampir shiap.


Okay, done.


Pastu ada photoshoot pulak. Mashe shaya buat gaya ni, semua peminat bersorak "whoaaaa" "omaigod, chomelnyaaa" ada jugak beberapa wanita pitam kerana kechomelan shaya. Ni yang malash nak jadi chomel shangat ni.


Mashe ni saya atas riba mama dalam kereta on the way balik. Nanti nak ikut mama test market lagi kat next twtup. Okay mama?


Thursday, May 31, 2012

Pengalaman beranak.

 Malam semalam sebelum tidur saya usha timeline twitter. Actually kalau bukan sebelum tidur pun memang kerja saya usha timeline dua puluh empat jam pun. Topik malam tadi berkisar tentang pengalaman beranak. Saya pun jadi terkenang, lalu sesaja share pengalaman saya.


*Kalau gambar tak clear, sila klik pada gambar untuk tumbesaran.



:')