Showing posts with label Ppl around me.. Show all posts
Showing posts with label Ppl around me.. Show all posts

Friday, July 12, 2013

So, I am back!

Hai semua!

Selamat berpuasa :)

Bukan main lama lagi tak update blog. Rasa macam gementar nak menaip pun ada. Hiks.
Update terbaru ; saya adalah seorang liquid paper (mengandung) lagi. Sabtu ni masuk 23 weeks. Clearly, i wish for baby girl tapi nampaknya perut muncung ke depan macam masa Rayyan dulu. Jadi saya berserah saja kepada Allah sama ada boy atau girl asalkan baby sihat dan sempurna sifatnya bila lahir nanti. Cadangnya week 26 baru nak scan gender kat tempat yang sama dengan Rayyan dulu. Dan saya harap tiada lagi diabetis masa pregnancy macam dulu. Moga tiada lagi komplikasi sewaktu bersalin dan boleh bersalin secara normal.

So, my new life... Never been better. Suami saya bagai satu anugerah Allah kepada saya. Very soft spoken, caring, loving, take good care of me and Rayyan, he cooks, he cleans, he repair things, he send me to classes every other weekend, he throw away the garbage, he wash the dishes etc etc. In one word, he do everything. And we do it together. 

Saya sedikit jakun dengan perbezaan besar dalam hidup saya. Jauh di sudut hati, saya tahu Tuhan masih sayangkan saya sebab temukan jodoh antara saya dan lelaki ini. Saya jadi jakun sebab umur 29 tahun baru saya dapat rasa kasih sayang yang padu dari seorang lelaki. Syukur Alhamdulillah, saya benar-benar berharap kebahagiaan kami kekal selama-lamanya sampai syurga.

Memang Tuhan temukan kita dengan orang yang salah, supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita kepada ketentuanNya.




Wednesday, November 28, 2012

Couldn't be more happy.

@eleanakamal weds @Naz_Grazz!

My life is complete. 24th November 2012, Masjid Tuanku Mizan, 
WP Putrajaya.
Small ceremony for family, relatives & close friends, 
lodsa love and thanks to those who come and help. 
Picture credit to @isepunye & BesiKarat.
For more photo Instagram @eleanakamal








Wednesday, June 20, 2012

Anak mangsa penceraian ibu bapa.

[SOURCE]


Apabila jalan penyelesaian adalah perceraian, pasangan akan mengambil keputusan untuk mengambil haluan masing-masing dan bergerak sama ada solo mahupun bersama teman baru dalam hidup mereka. Namun, pada masa yang sama, dalam meleraikan segala kekusutan itu, mereka tidak sedar kehidupan anak mereka tersepit di tengah-tengah dilema dua hati dan berperang dengan curiga yang tidak tidak pernah diambil kira.



Kanak-kanak yang masih mentah terpaksa bergolak dengan pemikiran dan perasaan sendiri kerana terpaksa melihat ibu bapanya sering bertikam lidah mahupun tidak lagi duduk serumah.


Katanya, kanak-kanak yang melihat keluarga berpecah berkemungkinan mengalami masalah emosi seperti kurang keyakinan, murung dan celaru berbanding kanak-kanak yang memiliki kehidupan normal. Mereka kecewa dengan hidup, murung, suka membuli, melakukan keganasan, gagal dalam akademik dan juga gagal dalam hidup. Anak ini juga mengalami tekanan emosi yang teruk, kesihatan badan tidak kuat, kemurungan, bimbang dengan hidup, bahkan lebih pendek jangka hayat mereka. 



So, orang-orang sekeliling Rayyan harap faham. Budak yang parent bercerai ni perangai memang lain macam. Mengada lebih, manja lebih, gedik lebih. Atok nenek pun sayang lebih, kesian lebih. Semua nak dapat. Bukan dia mintak mak bapak dia bercerai, dia budak lagi bukan tau apa. Janganlah jeling, menyampah, rasa benci dengan budak-budak macam ni. Kalau dia bwat salah, tegur lah, marah lah, pukul lah kat kaki, tapi janganlah jeling dia. Janganlah pandang dia dengan perasaan benci. Kesian budak. Saya sendiri sebagai mak kadang-kadang tak boleh sabar, kadang-kadang mengeluh, pukul dia dengan niat mengajar, tapi last-last bila anak dah tidur, kita tengok muka dia, kita sendiri rasa menyesal. "bwat apa aku pukul dia, marah dia? Dia bukan tau apa" Memang orang sekeliling semua sayang dia, tapi kasih sayang dia tak lengkap, parent dia dah tak bersama. Tak macam budak lain yang duduk serumah dengan parent dan adik beradik lain. So, orang sekeliling tu try lah faham. Jangan benci anak saya. Dia nyawa saya. Buruk camane perangai dia pun, dia tetap anak saya. Saya tak suka orang jeling anak saya dengan perasaan benci.

I know I'm not a perfect mother to Rayyan but I'm trying my best to be the best for him. So, just quit judging.


Friday, July 1, 2011

Thursday, April 28, 2011

Hai! Ok bye!

This entry gonna be the short one. Just to let u guys know the important things happening, the reason why i didn't update my blog for a long time.

I'm in the middle of final examination. 2 papers done; Economic and Multimedia, 2 more papers to go; Management Principles and Quality Management of PS.

Hectic days at work, every damn day. Have to do overtime. Luckily i'm finished with my daily class.

Anddd, the best part is, my lil' nephew was born on 20th April 2011. Same date as my parent anniversary, the 30th. So happy. Her name is Raissa Irdina. Me and Rayyan can't wait to buli her.

My final exam will end on 1oth May. Day after that me and Rayyan gonna go for a short vacation. Gonna be a lot of fun. Not so far from KL. Just wanna get away from here.

Okay, i think that's all.

Love, love, love.


Tuesday, March 29, 2011

I am still me.

Ya, aku dah kurang bunyik kat Facebook dan blog. Tapi, masih lagi berbunyi jugak. Nak tengok aku banyak bunyi? Sila ke twitter.com/eleanakamal. Aku berkicau hampir setiap minit di sana. Keluhan, sungutan, makian, ketidakpuasanhati, gurauan, luahan segala, ada di sana.

Life? Fine. Still holding on. Sometimes feels like losing track and i figured out whats make me strong are family and friends. Eh, memang untung ada anak macam Rayyan. His smile could brighten up your day. Suddenly u feels like rainbow coming out of nowhere in your gloomy day. He is the best thing happen to me. I couldn't ask for more. Well, i want a couple of kids more, yet Rayyan is the best.

Dan, sangat rugilah siapa tak berkawan baik dengan Hariyani Muspat. Dia kawan terbaik walaupun dia mandi lama dan aku masih tak faham kenapa. Dia tau bila aku sedih, dia ada kat situ walaupun aku tak mintak. Dia faham segala situasi aku walaupun dia tak berada di situasi tu. Terima kasih, kawan. Kalau boleh kau beranak nanti aku nak sambut anak kau tapi apakan daya masa tu aku tengah final exam. Mungkin anak kedua. Atau kita berbesan saje lah nanti.

Speaking of which, my final exam is just around the corner. 2 paper on April, another 2 on May. Sekelip mata je tu. So, kena study habis-habisan. Kena fokus. Sebab kadang-kadang terasa gak bengap dalam kelas bila lecturer ajar aku ternganga. Kena kejar abes-abes. I will. I have to.

And lastly, Iza, somehow this post has raise my spirit almost to the top. It's like an injection without the stinging pain. And somehow, although it just a short paragraph, it brought a bit of tears in the corner of my eyes and a goosebumps too, can u believe that? Thanx Iza!

Good day all of u!


Wednesday, January 26, 2011

Kata mak..

Selepas di edit untuk menyedapkan bunyi ;

"Kadang-kadang tu, apa yang kita minta kat Allah, kita tak dapat. Tapi sebenarnya Dia jauhkan kita dari bala, eksiden. Tapi tu semua kita tak nampak, tak bersyukur"

*Termenung mengenang kebenarannya.


Friday, October 15, 2010

Things that make me smile.

  1. Watching my baby waking up with his pretty smile.
  2. Beaches.
  3. Talking about the old day with family and friends.
  4. Making jokes and everybody around is laughing at my joke.
  5. Green light all the way home.
  6. Seeing an elderly couple holding hands.
  7. Kittens, rabbits, pandas, penguins.
  8. Free parking.
  9. Work day flies by really fast.
  10. Random hug from someone i love.
and lots more..


Thursday, July 8, 2010

Elmo.


Ayan loves this picture of this baby and elmo's balloon.
Bila tunjuk Elmo, ayan cakap "Emo!"
Bila tunjuk baby tu, ayan cakap "Ayann!"
Oh perasan mat saleh rupanya anak bujang aku.

Tapiiii, aku bukan nak cite pasal elmo pun sebenarnye. Tajuk entri sebenanye emo. Yelah, 2-3 ari ni entri aku sume emo je kan. Aku mahu kembali ceria, tapi aku masih ada perasaan nak bagi kupon kat seseorang. Nak kupon? Free je.



Friday, July 2, 2010

baby i'm back!

Don't look no farther Baby im back yeah Im here to cater to you, any thing that you want me doing, i'll do it Cause Ill be your lover Ill be your best friend Tell me what I gotta do, tell me what I gotta do and i'll do it

After 4 deng days of kursus at Tepeng, i'm back! Gila macam 4 minggu rasa. Dengan habitat- habitat aneh orang sekeliling aku, aduhai, rasa nak pingsan selama 4 hari.
Perangai aku adalah bila jumpa orang baru, aku jadi pendiam. Aku suka perati dulu perangai orang, baca game dulu, boleh blah ke tak boleh blah ke, baru aku join slow-slow. Jadi kalau setakat 4 hari je kenal aku, memang takkan tahu betapa cool sebenarnya aku. Hehe.
Aku manusia biasa, ada perkara yang aku suka dan tak suka dan benci ya amat bila terjadi.
Dalam dewan kuliah;
-Aku tak suka duduk belakang sangat dan depan sangat.
-Lagi tak suka kalau belakang aku sekumpulan budak-lelaki-satu-negeri yang semua orang buat nak complain pastu boooo sana sini.
-Suka kalau makan asam atau keropok passing-passing makan ramai-ramai untuk elak ngantuk, tapi kalau aku sakit tekak makan strepsils pun nak passing wadehel man?
-Lebih suka usha lelaki hensen untuk elak mengantuk.

Dalam dewan makan;
-Tak suka orang ambil nasi secara sikit demi sikit, pastu luak balik, pastu amik balik.
-Paling pantang orang potong barisan pastu dengan muka tak salah cakap "eh, sedap je aku potong Q!". DENGYU LAH PEREMPUAN!
Masa mandi;
-Paling tak suka toilet kat luar.
-Benci orang mandi terlalu lama. Cukur bulu kah?
-Tak suka orang mintak pinjam sabun. Ubat gigi takpe lagi.

Sebagai penjawat awam, nak taknak kena hadir kursus. Takleh nak elak. The hardest part is leaving my son. Rindu gila uolls.


Wednesday, June 23, 2010

L.E.M.B.A.B

Akuuuuu memang kepantangan nombor satu orang lembab. Lembab dan menyusahkan orang. Aduii la, penat la tengok orang lembab ni. Kuar duit ATM tet-tet-tet punyalah lembab, tolak trolley dalam hypermarket pun lembab, bawak kereta atas jalanraya pun lembab. Eh, tak rugi masa ke?

Aku tak suruh kau bawak laju-laju sampai terbabas pegi eksiden pun, tapi tolonglah cepat sket bawak kereta tu. Persepsi orang, asal bawak kerete lembab je mesti pempuan. WRONG. jantan pun ada bawak kereta lembab okay? Sesetengah tu lagi lembab dari pempuan. sorry kalau terasa. Aku sesak dada duk belakang kereta orang lembab, lebih-lebih lagi time aku dah lambat.

Kalau korang kenal aku, aku bukanlah seorang yang lembab. I may be lazy, i may be shabby, i may be chaotic but i'm definitely not a slug.

PEACE!

Tuesday, June 8, 2010

Keno cubo hok lain. Deng!

Apa perasaan bila kau tengah nak login FB Mobile masa tengah tunggu movie kat lobi GSC nak start, try 3 kali masuk password tapi tak dapat, pastu tetiba kua pulak ayat tersebut "keno cubo hok lain" kat dalam FB Mobile kau? Kau mesti rasa kau bermimpi kan? Wadehel FB cakap loghat Kelate kan? Kau pingsan atau ketawa? Aku ketawa dan cepat-cepat carik saksi untuk membuktikan aku tidak berkhayal atau bermimpi dan masih sedarkan diri. Saksi juga ketawa sampai muka naik buruk.

Eh, FB dalam bahasa lain aku memang penah dengar la, tapi dalam loghat negeri, ada ke?
Ahahahahah.

Keno cubo hok lain. Dengyu, aku rasa macam dalam Wakenabeb pulak!

Thursday, May 20, 2010

Qelakar.

Situasi 1 : Sedang bersiap-siap nak pergi kenduri doa selamat kawan apak.

Aku : Nak kena pakai baju kurung ke ni pak?
Apak : Tak. Pakai baju yang nampak alur bontot.
Aku : *tunduk berlalu pergi.



Situasi ; Sedang nak tulis blog. Lupa nama orang yang nak diblog. Lalu sms Yanie untuk pertolongan.

Aku : Apa nama bini Tom Cruise?
Yani : Katie Holmes. Apsal?
Aku : Takde pape. Tadi bangun tido tengok muka aku kat cermin macam muka dia.
Yani : Berak lah.

Friday, May 7, 2010

Kasih Ibu.

Hari ibu adalah pada ahad kedua setiap bulan Mei. Tapi entry ini, dimana di-tribute to mother, dipercepatkan pengeluarannya sebab aku pasti hari ahad nanti aku busy macam lebah. Ihiks.

Aku ingat lagi, masa aku ditolak atas katil bergerak menuju wad, beberapa jam selepas Rayyan dilahirkan. Sejurus je nampak muka mak, aku tersenyum bangga. Sampai sekarang, mak dok sebut lagi 'ingat dia nak nangis kata sakit ke, tengok-tengok senyum'. Mak, saya bangga okey? Saya amat-amat bangga dapat melahirkan, the most beautiful feeling that i ever had in my whole life.

Hayati pula gambar dibawah.



*pic dari blog Ladynoe.

Kalau airmata kau tak bergenang, aku taktau ah. Aku bergenang, berlinang. Kasih ibu tu. Aku harus blog ini untuk menyedarkan kamu betapa besarnya kasih ibu(kecuali ibu yang membuang bayi mereka)

Who fed me from her gentle breast
And hushed me in her arms to rest,
And on my cheek sweet kisses prest?
My Mother.

Who ran to help me when I fell,
And would some pretty story tell,
Or kiss the place to make it well?
My mother.

Selamat hari Ibu, mak dan mak mertua dan all the mak in the world :)


Wednesday, March 10, 2010

Pengalaman dikejar hantu gigi.

Ini kisah benar. Bukan main-main. Bukan hantu gigi dalam cite Pendekar Bujang Lapok cucuk-buat-sate tu ok. Ini benar-benar kejadian yang terjadi kat aku.

Pada satu malam, aku, mak dan Rayyan kua besiar-siar di Putrajaya. Malam masih muda, around 9 pm. Round punya round tiba-tiba aku rasa aku dah hilang tujuan. Ntah mana hiway aku masuk ntah. Aku memang ikut signboard presint 7-11, tiba-tiba jumpa jalan mati. Dari jauh aku dah nampak gelap je depan sana. Nak taknak terpaksa kuteruskan jua, sebab takleh nak u-turn masa tu. bayangkan la, dah nama pun jalan mati. Gelap pekat, hanjeng ramai dalam 7-8 ekor. Nasib ada tempat untuk u-turn.

Selamat kat situ.

Perjalanan untuk mencari jalan pulang diteruskan. Ikut je signboard presint 7-11. Sialan btol signboard kat sana, memang mana-mane ntah tembusnya. Kua plak signboard Dengkil, Cyberjaya,KLIA,Puchong dll. Kau tak pening? Walhal baru 5 minit yang lalu aku berada di Putrajaya. Tu takpe lagi, Rayyan dah mula merengek, minyak tinggal 2 bar, mak aku pulak tak henti-henti membebel. Aku relax carik slow-slow.

Time ni la hantu gigi tu kua.

Mak aku yang mula-mula perasan, hantu gigi ni folo slow je dari blakang. Tak lama pastu dia sebelah kiri kereta dan seterusnya bahagian depan kereta,dimana masa tu aku baru perasan.

Oh, aku ada mention tak hantu gigi ni adalah seorang lelaki separuh usia berketurunan ***** yang menaiki motosikal cabok separuh usia juga?

Ia memang menyerupai hantu gigi kerana itulah saja yang paling jelas kami nampak.

Ok, kalau die folo saje takpe, ni dia potong kete kau,pastu dia tejenguk-jenguk dalam kete kau. Boleh? Diulangi kami bertiga saje ye. Aku dah start cuak la. Tak cukup dengan tu, dia kuarkan henfon dia dan menghubungi seseorang dan tepandang-pandang lagi kete aku. Kau bolehhh?

Aku saje bagi signal kiri, dia yang berada di depan kete masa tu pun ke kiri. Bila aku cancel signal, dia stret jugak. Dia dok tengah-tengah depan kete, macam taknak bagi aku potong motor dia. Aksi dia memang btol-btol buat aku anak beranak tak tenteram.

Aku rasa nak pingsan dah ni. Tangan dah gigil-gigil ni. Aku tros vrooommmm meninggalkan hantu gigi tu. Mak aku dengan bebelan dia dan Rayyan dengan tangisan dia tak aku hiraukan. Sesat pun sesatlah, janji aku dapat tinggalkan hantu gigi tu sejauh yang mungkin. Dalam fikiran aku, mungkin dia calling geng hantu gigi lain dan nak menyerang kitorang. Kita kena berfikiran negatif kan. Jadi hantu gigi pun jauh ketinggalan di belakang sana.

Tros aku call laki aku mintak bantuan. Dia suruh ikut signboard Cyberjaya instead of Dengkil sebab tu je signboard yang ada time tu. Lepas tu aku tros call lagi sorang kawan yang pakar jalan Cyber. Ikut punya ikut direction dia, boleh pulak kua balik tempat mula-mula hantu gigi tu folo kitorang. Kau tak gigil ke?

Tapi kali ni slow-slow kitorang cari exit, Alhamdulliah jumpa park & ride Putrajaya, seterusnya Putrajaya Sentral dan tros mengahala ke rumah. Nampak bumbung rumah tu merupakan satu rahmat yang tak terhingga lahhhh.

Masuk rumah tros grill,kunci segala pintu dan tingkap yang ada. Boleh, kau sesat di Putrajaya? Gila babi geng. Dalam pikiran ni macam-macam dah ni. Paling aku takut hantu gigi tu mengapa-ngapakan anak aku. Memang aku bunuh semua hantu gigi yang ada. Sumpah.

Jadi, ladies out there, berhati-hati pabila memandu di waktu malam. Sentiasalah berfikiran negatif sebab tu la yang akan menyelamatkan anda.

Sunday, February 28, 2010

Si Kecik Pia.

Sabtu lepas ada kenduri doa selamat kat rumah abang aku. Kenduri lepas Isyak. Jadi semayang Maghrib dan Isyak berjemaah di rumah. Aku tak dapat join jemaah sebab Rayyan kena pengawasan ketat. Jadi aku nyorok dalam bilik abang aku dengan Rayyan dan anak buah akak ipar aku, Sofea sementara menunggu jemaah solat di ruang tamu. Umur Sofea dalam 5 tahun kot.

Sofea tanya aku, "Kenapa dorang semayang 2 kali?"

"Tadi tu semayang Maghrib, ni semayang Isyak"

"Oooo, tadi Maghrib, ni Isyam" slow je dia ulang.

Aku gelak kecil "Bukan Isyam la, Isyak"

"Isyap"

"Iiii-syakkkk "

"Iiii-syam"

"Isyak"

"Isyap...Isyak"


Akhirnya betul.Budak kicik manyak kiut bukan? Tak sabar nak tunggu Rayyan petah bercakap macam tu. Mesti manyak soal.



Wednesday, January 13, 2010

Molot Bocor.

Definisi.
Molot bocor adalah silap cakap. Sama ada seseorang itu nak cakap laju, tidak sengaja, pengaruh rakan sebaya atau memang dia dilahirkan dengan molot bocor. Contoh seperti berikut;



Situasi 1.
Tengah tunggu Putra LRT dengan N. Tren penuh.

Kebocoran.
N: "Hish. Ramai orang la. Bila nak sampai 'ten krosong' ni?"

Pembetulan: Tren kosong.



Situasi 2.
Lepas beli 2 large pop corn, 2 large pepsi dan satu buah hot dog 1901. Ditinggalkan seorang terkial-kial memegang kesemua makanan tersebut tanpa plastik.

Kebocoran.
Y: "Kau tinggalkan aku sorang pegang sume ni? Nah,pegang ni ni ni 'pop dog' ni."
(pop corn + hot dog)

Pembetulan: Pop Corn.



Situasi 3.
Tengah borak-borak dengan suami tentang zaman belajar.

Kebocoran: ".... pastu kan saya 'fell inpain'..."

Pembetulan: Fail Inpen. (Kolej Inpens)



Situasi 4.
Mak aku nak panggil anak aku. Aku selalu panggil Ayan, mak selalu panggil Adik.

Kebocoran : "Meh sini 'Ayik' "
(Adik + Ayan)

Pembetulan: Adik atau Ayan,either one.


Bahahahahaha.
Selepas semua kejadian di atas,proses penggelakkan dan pembahanan akan terjadi. Ia mungkin berlarutan sehingga berminggu-minggu dan bagi sesetengah kes, berbulan-bulan.

Ada lagi 18 ratus contoh, malas nak taip :D


Thursday, January 7, 2010

Yet another tragedy.

Tak sampai 2 minggu selepas tragedi kemalangan keluarga Pak Lang dimana kami kehilangan 3 orang saudara, sekali lagi keluarga kami ditimpa tragedi...

Kakak iparku, Lieyana keguguran with 5 months twins.. It's a big lost, really. Takde sorang pun tau baby dalam perut tu twin sebelum tu. Itu yang buat kami semua sangat-sangat sedih. The 1st twin,dengan berat 200 gram survive the first few second dan meninggal dalam pegangan akak iparku. The 2nd twin berat 250 gram lemas dalam perut. Punca tidak diketahui. Mungkin rahimnya tidak kuat.

Saat mengebumikan twins tu adalah yang paling sedih. Hanya kami berempat ; abang, mak, aku dan makcik akak iparku yang menyaksikannya. Tak sampai hati nak tengok masa mak angkat twins tu untuk disatukan dan diqiamkan dalam kain putih. Hanya sebesar lengan, tetapi cukup sempurna sifatnya. Muka seiras, hampir sama besar. Jari tangan twins sudah bercerai,sama dengan jari kita semua. Twins dikebumikan dalam satu liang lahad. Hanya air mata yang mengiringi..

Lepas mengebumikan twins, kami bergegas ke hospital. Akak iparku kelihatan tabah, Hatinya tiada siapa yang tahu. Sesekali air mata dia mengalir masa menceritakan saat-saat twins dikeluarkan. Keliling pulak, new born baby penuh. Bayangkan la..

Mak aku menamakan twins itu Adam dan Muhammad. Nama nabi pertama dan terakhir.

Kepada Lieyana & Along, tabahkan hati. Tuhan Maha Mengetahui, ada hikmah kepada semua yang terjadi. There will be two little angel waiting for you at heaven's gate, that's for sure :)

Lepas ni, cuba lagi. Bukan sejurus selepas ini ye. Sooner.


*Tanah Perkuburan Islam Taman Setapak Indah.


*Al- Fatihah.


Thursday, December 17, 2009

Juno.


Oke,penah tengok cerita Juno?
Jangan tiru kelakuan beliau.Kalau Kat Mesia,nandung waktu skolah,mak bapak dan seluruh komuniti pasti benci. Itu kalau dorang tau. Kalau taktau? Sah-sah kejadian buang bayi terjadi.


Tapi sekarang bukan nak cite pasal Juno sangat. Nak cite pasal konversasi ini.

N : Kalau aku pakai skirt kat luar,pastu pakai suar jeans kat dalam oke ke?
Y : Kalau skinny oke lah kot.
N : Macam Juno.
Y : Itu kat luar negara,kalau kat Mesia ni pakai macam tu bukan macam Juno,macam Jubo.



Wednesday, November 18, 2009

Juruhebah peribadiku.

Dia ibuku.

"Ada orang komen Jasmin Hamid pakai bulu mata palsu 3 tingkat,rambut perang dalam drama aritu.dalam BH" 9:06 am

"Pasal budak yang kena tembak tu nak tubuh suruhanjaya khas untuk siasat" 9:24 am

"Beli nasik lauk ikan dengan terung 7 hengget.Gila" 12.23 pm

Ibu,ibu :D