Otw Hentian Putra by Star LRT w Julia & Ziela. Bus express bertolak 1045pm dan tiba dengan selamat di Kuala Besut pada 645am keesokan harinya. Macam nak kopak oh!
Baru tiba di Kuala Besut. En Osman agent kami jemput menaiki kaki. Menapak! Tapi tak jauh, dalam 3 minit je :D
Sampai terus check-in chalet. Shari-La Resort di Coral Bay, Perhentian Kecil. Terbaek jugak!
Ini permandangan di Coral Bay, tenpat kami duduk. Macam tetenang gitu. Kalau dengan family memang kena.
Inilah tempat kami gigih mencari makan. Memang agak mahal berbanding KL, but wadehel. Perut akan tetap lapar. But worth it, makan sedap.
Lepas gigih makan, gigih pulak menapak pegi Long Beach. Dalam 5 minit daki bukit dan 5 minit turun bukit. Tapi..memang berbaloi!
Tadaaa, Long Beach!
Long Beach memang terbaek. Kalau gua tau, memang gua booking chalet kat Long Beach saje. Memang kena dengan jiwa muda gua. MUDA. Kbai.
Kami berempat test market tengah laut. Haa nampak air dia? Nampak?
Mat saleh ni beria ajak kami pegi Pirate Party malam pertama kat situ. Nama dia Sulaiman tak silap gua. Taktau lah kalau gua salah dengar.
Ini otw pergi snorkeling pulak. Damn, snorkeling is damn fun. Siapa tak try lagi, wajib try!
Kami nampak shark, nemo, penyu, flower horn, coral, gamat, timun laut, sosej laut, ikan bilis dan beratus-ratus jenis ikan yang kami taktau apa nama dia. Damn fun!
Ini Air Berani namanya. Max cakap ni air cari jodoh. Tepat sekali, Dak Lina jumpa jodoh selepas mandi dan minum air ni. Sejuk doh!
Dengan selamba Jusoh selam tangkap Nemo ni kat sarang dia. Kami jadi sakai laut, jakun.
We will be back. That's for sure!

