Thursday, May 31, 2012

Pengalaman beranak.

 Malam semalam sebelum tidur saya usha timeline twitter. Actually kalau bukan sebelum tidur pun memang kerja saya usha timeline dua puluh empat jam pun. Topik malam tadi berkisar tentang pengalaman beranak. Saya pun jadi terkenang, lalu sesaja share pengalaman saya.


*Kalau gambar tak clear, sila klik pada gambar untuk tumbesaran.



:')


Tuesday, May 29, 2012

Makanan mahal.

Hai kawan-kawan.

Hari ni saya nak cerita isu makanan mahal. Secara spesifiknya di sini, bukan sahaja mahal tetapi sedap. MAHAL DAN SEDAP. 

Hari tu kat timeline twitter, ada seorang hamba Allah ni dok complain makanan mahal kat satu kedai yang memang terkenal dengan kemahalan makanan tetapi masakannya sangat sedap. Nasi putih dengan kuah, RM4. Aku tak faham kenapa dia makan nasi putih dengan kuah je. Aku syak dia memang tau kedai tu mahal. 

Okay, the things is, itu rezeki kau, kau dah selesai makan. Dah jadi taik pun. Kau nak ungkit-ungkit lagi kenapa? Kalau satu post takpe, ni dari pagi sampai malam dok complain pung pang pung pang pung pang kedai tu mahal, cekik darah apa jadah semua.Masa kau bayar tu, ada kau complain kat tokey dia tak?Aku berani bet mesti tak. Mulut kau depan tokey mesti senyap. Dah balik baru nak menyalak. What's the point, stupid head? KAU INGAT AKU KESSSAH KAU BAYAR MAKAN MAHAL?

Lagi satu, aku rasa memang takde orang paksa dia makan kat situ. Takde punya orang letak pestol kat pinggang dia suruh masuk kedai tu, paksa duduk dan makan. It's your own freaking choice. Banyak kedai lain lagi. Kalau nak saving sangat, kau masak nasik, goreng telur, gaul dengan kicap pastu kau telan dengan pinggan pinggan tu sekali. Baru lepas tu kau diam sebulan mulut kau tu.

Kedai tu masak sedap wey. Aku mengaku itu salah satu kedai kegemaran aku. Memang sedap, ramai orang datang dan semua tau kedai tu mahal. The thing is, if you can't afford to pay, why bother to eat there? Mudah gila kan?

Ini, dah makan mengungkit, berkira, menyalak, burukkan orang tu orang ni. Semak la wey.

Lagi satu member aku pernah cerita, pasal burger yang overrated sekarang ni. Burger yang SEDAP dan MAHAL. Member dia cakap, satu burger dah RM8, baik beli McDonalds. Okay, KALAU KAU TAU MCDONALDS TU MURAH SATU SET RM8 DAPAT FRIES AIR COKE DENGAN MCCHIKEN KAU PERGILAH MAKAN MCDONALDS SANA BWAT APA KAU MENYEMAK MAKAN BURGER SEDAP NI BONGOK.

Haihhhhhhhhhhhhhhh. Maghah betul aku orang berkira makan ni lahhhhhh.

Ok bai.


Monday, May 28, 2012

Quick update.

My son is getting fatter.



And I am getting busier.