Friday, June 25, 2010

Entri tersedak.

Entri terdesak sebenarnya. Sebab aku menyampah tengok post kat bawah ni selekeh je keadaan gambar-gambar tu. Yang ni ke kanan, yang tu ke kiri, yang ni ke bawah, yang tu ke atas. semak mata ku. Nak delete sayang sebab susah payah carik gambar2 tu. Nak edit malas. Kira kalau aku buat entri ni ke bawah la sket post tu, takde la semak sangat mata ini. Ihik.

Kesian, terima kasih.

Look alike.

Perhatikan wajah mereka.















sama tak? SAMA kan? ya, that's what i tot :)
tapi sorang sangat sopan dan sorang lagi sangat sepsi. yet, both are beautiful and gorgeous.
Scarlet Ortiz & Wardina Safiyyah.




















ni pun sama kan kan kan?
sorang star kat sana, sorang star kat sini.
Katherine Heigl & Vanida Imran.




















ni sama gila.
Nurul & Nicole Susahnakeje.

Oke tu je. Bye.


Wednesday, June 23, 2010

Emo yang tidak berkenaan dengan kamu.

Ye, malam ni aku emo. Kalau korang sume emo pasal laki balik lambat dan ada kesan lipstik kat leher baju, pasal bini masak kurang garam atau anak melalak tak henti-henti taktau sebab, aku pulak emo sebab Showdown 2010. Hehe. Qelakar kan?

Kalau lah ada sorang pun antara reader yang tengok the last battle top 6 tadi, memang tak puas hati lah. Boleh eh battle main tolak-tolak? Aku yang bukan sejengkal pun b-boy ni pun tau la syarat battle adalah no touching. Yang Famous Crew elok je block dan tolak Borneo Soul Breakers tu apesal? Tolak dengan kuat dan bersungguh-sungguh tau.

Aku tak minat kedua-dua crew ni. Tak minat as in tak minat langsung la. Memang dah agak BSB akan keluar pun minggu ni, tapi FMC dont have to be rude! Rancangan ni LIVE der, agak agak la sket. Dah la satu crew cina, satu crew melayu. Battle secara gentleman tak boleh ke? Ok, aku tau korang desparate nak menang dan bawak balik RM50K tu kan? Tapi hilang maruah takpe lah ek? RM50k kongsi ramai-ramai tu bole beli balik maruah yang tercalar tu? Katne jual?

Pehhh, wall Showdown kat FB malam tadi aku rasa seminit 100 post ada jugak la. Sume tak puas hati. Aku ni dah off laptop, dah baring dalam comferter ni, boleh gigih bangkit balik ni nak komen kat FB. FB Mobile tak puas. Semangat!

Ramai bengkak kat Joe Flizzow sebab eliminate BSB (crew yang ditolak), tapi aku secara peribadi berpendapat Joe buat tu sume ada sebabnya. Think deeply, and u'll know urself. Maunya 2000 post seminit kat wall showdown. Dan pergaduhan sesama kaum mungkin akan terjadi. Ya, ada isu besar yang berkait dengan kamu yang tak minat Showdown juga disini.

Anyway, chill lah yea. Adat pertandingan. Apa yang penting, DIGNITY bukan DIGGIDY.

video

the truth is out here.


L.E.M.B.A.B

Akuuuuu memang kepantangan nombor satu orang lembab. Lembab dan menyusahkan orang. Aduii la, penat la tengok orang lembab ni. Kuar duit ATM tet-tet-tet punyalah lembab, tolak trolley dalam hypermarket pun lembab, bawak kereta atas jalanraya pun lembab. Eh, tak rugi masa ke?

Aku tak suruh kau bawak laju-laju sampai terbabas pegi eksiden pun, tapi tolonglah cepat sket bawak kereta tu. Persepsi orang, asal bawak kerete lembab je mesti pempuan. WRONG. jantan pun ada bawak kereta lembab okay? Sesetengah tu lagi lembab dari pempuan. sorry kalau terasa. Aku sesak dada duk belakang kereta orang lembab, lebih-lebih lagi time aku dah lambat.

Kalau korang kenal aku, aku bukanlah seorang yang lembab. I may be lazy, i may be shabby, i may be chaotic but i'm definitely not a slug.

PEACE!

Tuesday, June 22, 2010

Ni mesti Nakata baca blog aku ni.

*kalau rabun, klik lah.


Monday, June 21, 2010

Syukur = Feeling good.

[SOURCE]

Allah telah menjamin dalam Al Quran, barang siapa yang bersyukur maka Allah akan menambah nikmat kepada orang tersebut. Sudahkan Anda bersyukur? Sudahkah Anda merasakan tambahan nikmat atas
syukur Anda? Apakah Anda ingin mendapatkan nikmat yang lebih besar lagi? Lupakan mengeluh, mulailah perbanyak bersyukur.

Ada orang yang hidup dia tak pernah nak bersyukur. Sume tak cukup, sume tak elok, sume tak puas hati. Ada je benda nak complain. Kau tak penat ke?

Ada dua manfaat besar dari bersyukur. Kedua manfaat ini akan mengubah hidup kita jika kita mendapatkannya.

  1. Pahala dari Allah. Jelas, bersyukur adalah perintah Allah, kita akan mendapatkan pahala jika kita bersyukur dengan ikhlas.
  2. Menciptakan Feeling Good. Dengan bersyukur akan membuat kita lebih bahagia. Perasaan kita menjadi lebih enak dan nyaman dengan bersyukur. Bagaimana tidak, pikiran kita akan fokus pada berbagai kebaikan yang kita terima.

Kalau kita tak stop complaining, hati kita sampai bila-bila takkan puas. Maka jadilah perasaan dengki, iri hati, busuk hati dan sume penyakit hati pun datang. Sume serba tak kena. Asyik nak marah, tension. Apa kata kita bersyukur je dengan apa yang kita ada. Stop complaining even for just one day? Look at the bright side. Kalau kita complain kereta kita tak cukup besar, cuba perhati orang yang takde kereta langsung. Yang hari-hari gi keje naik moto, ujan basah kuyup, masuk ofis bau enjin moto dan asap. Angkut anak gi klinik yang sakit naik moto. LOOK AT THE BRIGHT SIDE la dey.

Ada benda kita boleh complain, ada yang tidak. Aku tak kata la aku tak pernah complain. Tapi aku reti jugak bersyukur. Kita menulis untuk memperbaiki diri jugak kan? Tapi kalau hari-hari asyik nak complain je, tak rasa ke orang sekeliling akan nipis telinga? Bengkak je hati hari-hari nak dengar sungutan orang. Badan sihat, bersyukurlah. Ada duit nak makan, bersyukurlah. Ada keje, bersyukurlah. Ada orang kena kanser, mintak sedelah, takde keje, lagi kesian tau? Tau tak?

Percayalah, dengan bersyukur, hati kita akan lebih senang.

Feel gewd!

Sunday, June 20, 2010

Happy Apak Day :)

:'(

Rindu apak sangat-sangat. Sejak apak dah berhijrah ke Terengganu untuk buka klinik homeopathy kat sana, jarang sangat jumpa apak. Jumpa pun dalam 2 bulan sekali.

Apak adalah apak yang paling kelakar dalam dunia. Kalau tetiba ingat kat lawak apak, boleh menyebabkan jadi orang gila gelak tanpa sorang-sorang. Hikhik. Kat kawasan kejiranan lama, sume orang panggil apak. Takde sorang pun panggil pakcik. Apak sporting gila, selalu bawak kitorang gi Titiwangsa main rollerblade, join budak-budak main rounders. Dia suka bawak kami berjalan, satu Malaysia kitorang dah pusing. Asyik berjalan je. Best.

Time aku dah remaja, dah nakal, apak became more serious. Penah jugak kena bantai sebab balik lewat malam. Ihik. Sekarang aku paham, apak bantai sebab sayang..

Anyway apak, terima kasih sebab hantar & ambik kakngah balik sekolah setiap hari tanpa gagal, terima kasih susah payah carikkan kakngah tempat belajar sehingga ke seluruh negeri dan menyediakan kakngah semua kemudahan untuk belajar dan banyak lagi. Terima kasih, Apak! Sayanggg apak!

*cite Rosyam Noor malam tadi tak best nak mati. Baik tengok Liar Liar. Jim carrey best nak mati!

What Is A Dad?

A dad is someone who
wants to catch you before you fall
but instead picks you up,
brushes you off,
and lets you try again.

A dad is someone who
wants to keep you from making mistakes
but instead lets you find your own way,
even though his heart breaks in silence
when you get hurt.

A dad is someone who
holds you when you cry,
scolds you when you break the rules,
shines with pride when you succeed,
and has faith in you even when you fail...



Friday, June 18, 2010

Move it!

One of my favourite Malaysian dancer is Faruq from HMC Phlow. I once blog about him. He's like Malaysian Chris Brown to me. Kalau dia krumping, meleleh ayaq liuq cheq habaq hang.

Sekarang i ada lagi sorang fav dancer. Dia punya samba... bwat i pengsan sepanjang malam. Khef Alonso Khenobu from Giller Battle Crew. AMAGADDD! Kiut gila okay. Umur baru 17 tahun. Masih sekolah. Tidak sombong. and and and he is 10 years older younger than me. DAMN I AM OLD!

Don't forget catch Showdown 2010 @ 8TV on 9.30pm every Wednesday. U guys will just love it!

*yang paling kiut itulah beliau ;) much LOVE!


Wednesday, June 16, 2010

Balloom!

Seperti yang semua sedia tahu, anak saya gilakan bola dan balloon. Sangat-sangat gilakan bola dan balloon. Sampai mengigau-ngigau saban malam. Kat rumah, bilangan bola dah melebihi bilangan ahli keluarga yang dikumpulkan semuanya semasa hari raya. Saya bercakap benar. Pelbagai size, warna dan rupa. Saya dah ricky dah untuk buat kek bentuk bola di hari jadi anak saya. Sangat hensen dan rare kek itu.

Ok, semalam saya, somi, anak dan rakan-rakan keluar outing ke BB dan Pavilion. Kebetulan pula ada event berasaskan balloon (lupa nama event), something like 'Indoor Biggest Balloon Ride' di centre court Pavi itu. Jadi anak saya went craaaazy!!

*ayan goes like "BALLOOOOOM"!


*the balloon man.



*free balloon sculpture for Ayan ;)



*waiting for free sculpture from Mr. Clown



*a machine gun sculpture and a new red 'poom'!



*ya, dat's me and him ;)



*happyyyy!


Monday, June 14, 2010

Sneakers Love!

*Nike Dunk Hi Premium Golden Dolphin. *stimmmm!





*Dunk Hi Eric Koston *jeling somi laju-laju.





*Nike Blazer Liberty. Much Love!




*Nike Dunk Hi NRJ Music Award. Love love!






...and all i want is you, sayang..
*Dunk Low Woman Swiss Cheese :) *mwa mwa mwa!


Saturday, June 12, 2010

Kepuasan maksimum.

Apa beza bila melangkah keluar dari panggung wayang selepas menonton filem melayu dan filem english? U know it urself. Karate Kid adalah filem paling best aku tengok tahun ni. 18 bintang to Jaden and Jackie. They rawk the film soooo gewd that i wanted to jump and cheer in the cinema!
Masa final fight, of course 'hero kalah dulu', and the ending was just great. It was a terrific fight anyway. The bestest version of Karate Kid okay ;)

Jaden Smith sebijik macam bapak dia. Mimik muka, cara jalan. I just love his conroe, his sneakers and his charming smile. Haihh. Bapak teman sepanjang shooting rasanya. I love this bapak and anak very much!


*masa kecip


*masa besaq


World Cup Fever!

Oke, perempuan apabila dikaitkan dengan World Cup, mestilah sebab minat kat player-player yang hensen kan. Takyah nafilah, memang itu kenyataannya. Bukan kau lahir kat Sepanyol atau Brasil atau Netherland atau Argentina pon kau nak sokong negara tersebut kan? U wouldn't be reading this if u were born there ;)

Disebabkan benda itu dah ketara, jadi di sini aku nak bagitaulah pemain hensen yang aku gemari. Bukan fanatik yer. Gemar-gemar gittew je. Hihik *gelak gedik.

Yang ketama; Nakata dari Japan. Mak pingsan oke!


Kedua ; Ronaldinho gigi fanjang dari Brasil.


Ketiga ; Messi the Magician dari Argentiiiinaaaa.(Nani bengang)


Keempat, tak lain tak bukan ; skandal aku, Ronaldo dari Portugal.


Friday, June 11, 2010

Love is in the air.

My favourite quote of my favourite movies.

The Notebook.
Noah: It's not about following your heart and it's not about keeping your promises. It's about security.
Allie: What's that supposed to mean?
Noah
: [yelling] Money. He's got a lot of money!
Allie
: You smug bastard. I hate you for saying that.
Noah
: You're bored Allie. You're bored and you know it. You wouldn't be here if there wasn't something missing.
Allie: You arrogant son of a bitch.
Noah
: Would you just stay with me?
Allie
: Stay with you? What for? Look at us, we're already fightin'
Noah
: Well that's what we do, we fight... You tell me when I am being an arrogant son of a bitch and I tell you when you are a pain in the ass. Which you are, 99% of the time. I'm not afraid to hurt your feelings. You have like a 2 second rebound rate, then you're back doing the next pain-in-the-ass thing.
Allie
: So what?
Noah: So it's not gonna be easy. It's gonna be really hard. We're gonna have to work at this every day, but I want to do that because I want you. I want all of you, for ever, you and me, every day. Will you do something for me, please? Just picture your life for me? 30 years from now, 40 years from now? What's it look like? If it's with him, go. Go! I lost you once, I think I can do it again. If I thought that's what you really wanted. But don't you take the easy way out.
Allie
: What easy way? There is no easy way, no matter what I do, somebody gets hurt.
Noah
: Would you stop thinking about what everyone wants? Stop thinking about what I want, what he wants, what your parents want. What do YOU want? What do you WANT?
Allie
: It's not that simple.
Noah
: What... do... you... want? Whaddaya want?
Allie: I have to go now.






P/S: I Love You.
Holly: No, it's not gonna work. I feel like I'm trying on a new pair of shoes I really wanna buy, but they just don't fit. Sorry.
William: Alright then, how about going barefoot for a while?[he kisses her]
(ini dialog Holly dgn boifren baru)





Wicker Park.
Lisa: Take my picture. I'm feeling beautiful tonight.




Moulin Rouge.
Satine: Besides, I can't fall in love with anyone
Christian: Can't... fall... in love? But, a life without love, that's... terrible...
Satine: No, being on the street, that's terrible.
Christian: No! Love is like oxygen!
Satine: What?
Christian: Love is a many splendored thing. Love lifts us up where we belong. All you need is love!



Tuesday, June 8, 2010

Keno cubo hok lain. Deng!

Apa perasaan bila kau tengah nak login FB Mobile masa tengah tunggu movie kat lobi GSC nak start, try 3 kali masuk password tapi tak dapat, pastu tetiba kua pulak ayat tersebut "keno cubo hok lain" kat dalam FB Mobile kau? Kau mesti rasa kau bermimpi kan? Wadehel FB cakap loghat Kelate kan? Kau pingsan atau ketawa? Aku ketawa dan cepat-cepat carik saksi untuk membuktikan aku tidak berkhayal atau bermimpi dan masih sedarkan diri. Saksi juga ketawa sampai muka naik buruk.

Eh, FB dalam bahasa lain aku memang penah dengar la, tapi dalam loghat negeri, ada ke?
Ahahahahah.

Keno cubo hok lain. Dengyu, aku rasa macam dalam Wakenabeb pulak!

Monday, June 7, 2010

Jaden Smith!

Oke, remember my post about Will Smith, my hero? Here comes the son, Jaden Smith. He's all grown up. Last time i saw him is on The Pursuit of Happyness, together with his dad. Dia sudah besar. Dan hensen juga! Boleh geng dengan Rayyan! Ihiks! (banyak tanda seru sebab eksaited)

*bawak bekal Sesame Street. Cuuuutttee!


*gagah gitew :D




Count one to ten.

Rayyan dah pandai mengira. Aku manusia paling excited on earth bila tiba-tiba Rayyan sambung pengiraan aku. Setahun setengah pandai mengira. Perkara biasa ke?

Aku : Satu..
Ayan : Uwe!
Aku : Tiga..
Ayan : Empap!
Aku : Lima..
Ayan : Nam!
Aku : Tujuh..
Ayan : (diam)
Aku : Lepas tujuh apa? Lapan.. lepas lapan?
Ayan : Pelam.. Peluh.. (Sembilan, sepuluh)
Aku : Yaikkk! *pingsan.
Ayan : *muka bangga.


Saturday, June 5, 2010

LBS review dari amatur.

Eksaited sungguh kamu semua sebelum menonton LBS bukan? Termasuklah saya. Tetapi apa pula perasaan selepas menontonnya? Orang di sebelah kanan saya menangis teruk. Macam trauma seperti dia adalah Ayu / Emilia dalam filem itu. Ihiks. Manakala orang sebelah kiri iaitu Nani pula tiada perasaan. Oh, tidak lupa pada selang seorang sebelah kiri saya, Akiss kerana belanja tiket. Makasey banyak- banyak. Bahagian II saya banje okay?

Berbalik kepada perasaan selepas menonton filem LBS tadi. Saya sebenarnya sedikit hampa kerana penceritaannya terlalu laju. Tak nampak betapa dalamnya cinta Kasyah pada Ayu. Saya paham masa tak cukup, tapi rasanya tak sampai 2 jam pun citenye. Tambahlah lagi setengah jam untuk menguatkan jalan cerita. Apa salahnya bukan? Tak puas lah. Baca novel lagi feeling. Ye ye, saya paham novel lagenda yang 500 lebih mukasurat tu tak muat nak difilemkan dalam masa yang sesingkat itu.

Pelakon yang saya paling salute pula adalah Que Haidar. Dia punya meroyan memang sangat menjadi. Lisa pun best. Tapi Emilia tu.. er.. macam sedikit kaku. Fazura juga best. Farid Kamil not bad. Cuma macam control hensen sket. Ihiks.

Anyway, aku memang salute novel Lagenda Budak Setan. My all time favourite. The movie, yet to be my favorite lah kan. Kalau Kabir Bhatia buat lagi best kot? Saya paham novel yang difilemkan perlu dikomersialkan untuk kepuasan penonton. Tapi tak puas lahhh!

Dan last sekali, saya sangat gilakan OST filem ini. Baik female version dari Fili, mahupun male version dari Gio yang mulanya disangkakan Tomok. Ihiks. Tabik spring to Lagenda Budak Setan, the novel.



Thursday, June 3, 2010

Rayyan 3 years.

Posted by Picasa


HFMD / Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut.

[SOURCE]

Apakah Penyakit tangan, kaki dan mulut?

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.

HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda dan Gejala

Ciri-ciri klinikal termasuk:

  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Komplikasi

Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung.

Rawatan

Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala- gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.

Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.

Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga

Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Pencegahan

Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.

  • Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  • Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  • Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.



Tuesday, June 1, 2010

I *heart her!

She's hot... and cool at the same time. She's only 17. Pretty down-to-earth girl-next- door she is, Annatasha Saifol. Awesome voice. Youtube thinking of you, with Caprice. Great art works. Adore her.

Visit her blog here and formspring here. Ure just gonna love her ;)