Berbalik kepada perasaan selepas menonton filem LBS tadi. Saya sebenarnya sedikit hampa kerana penceritaannya terlalu laju. Tak nampak betapa dalamnya cinta Kasyah pada Ayu. Saya paham masa tak cukup, tapi rasanya tak sampai 2 jam pun citenye. Tambahlah lagi setengah jam untuk menguatkan jalan cerita. Apa salahnya bukan? Tak puas lah. Baca novel lagi feeling. Ye ye, saya paham novel lagenda yang 500 lebih mukasurat tu tak muat nak difilemkan dalam masa yang sesingkat itu.
Pelakon yang saya paling salute pula adalah Que Haidar. Dia punya meroyan memang sangat menjadi. Lisa pun best. Tapi Emilia tu.. er.. macam sedikit kaku. Fazura juga best. Farid Kamil not bad. Cuma macam control hensen sket. Ihiks.
Anyway, aku memang salute novel Lagenda Budak Setan. My all time favourite. The movie, yet to be my favorite lah kan. Kalau Kabir Bhatia buat lagi best kot? Saya paham novel yang difilemkan perlu dikomersialkan untuk kepuasan penonton. Tapi tak puas lahhh!
Dan last sekali, saya sangat gilakan OST filem ini. Baik female version dari Fili, mahupun male version dari Gio yang mulanya disangkakan Tomok. Ihiks. Tabik spring to Lagenda Budak Setan, the novel.
1 comment:
yup yup, org yg selang belah kiri ni pun xde perasaan, cume geram n sedih masa ayu kena belasah! hehehhe
ok, sama2, next time okay!
Post a Comment