Sunday, February 28, 2010

Si Kecik Pia.

Sabtu lepas ada kenduri doa selamat kat rumah abang aku. Kenduri lepas Isyak. Jadi semayang Maghrib dan Isyak berjemaah di rumah. Aku tak dapat join jemaah sebab Rayyan kena pengawasan ketat. Jadi aku nyorok dalam bilik abang aku dengan Rayyan dan anak buah akak ipar aku, Sofea sementara menunggu jemaah solat di ruang tamu. Umur Sofea dalam 5 tahun kot.

Sofea tanya aku, "Kenapa dorang semayang 2 kali?"

"Tadi tu semayang Maghrib, ni semayang Isyak"

"Oooo, tadi Maghrib, ni Isyam" slow je dia ulang.

Aku gelak kecil "Bukan Isyam la, Isyak"

"Isyap"

"Iiii-syakkkk "

"Iiii-syam"

"Isyak"

"Isyap...Isyak"


Akhirnya betul.Budak kicik manyak kiut bukan? Tak sabar nak tunggu Rayyan petah bercakap macam tu. Mesti manyak soal.



Thursday, February 25, 2010

I wanna learn something new.

I want to and i have to. Aku rasa macam sia-sia sangat kalau tak belajar extra kemahiran dalam hidup ni. Umur dah nak tua ni. Satu-satunya kemahiran aku sekarang hanyalah menukar pampers Rayyan dengan mata tertutup pada jam 3 pagi. At least aku nak kemahiran yang boleh mengisi masa lapang selain mendatangkan moneyyy. Dan of course kemahiran itu mestilah yang aku minati.

Kelas menjahit? Bukan jahit baju kurung ye, juga bukan jenis pakaian lain. Belajar jahit barang yang fancy-fancy sahaja. Contohnya seperti rahasia. (nanti kamu tairu)




Memasak? Masakan western of cos. Untuk perut somi dan anak-anak juga. FYI, i never cooked anything heavy since i got married. Hanya megi kari,puding dan bubur anak saje. Pengakuan gittew.



Baking? Ini memang minat aku ni. Dulu dah pernah baking donut, simple cake, pizza dan roti. tapi hanya amatur. Kalau boleh, nak amek kelas dan go pro! Niat dihati lama dah nak bukak bakery -_-


Decorate cupcake? Interesting bukannnn? Buffday Rayyan bole bwat kek tambahan :) I loikeee!


So, waddaya think? Sewing, cooking, baking or decorating? Atau atau yang lain? Atau continue saja dengan kemahiran luar biasa aku tu?



Tuesday, February 23, 2010

hoy hablo el idioma español.

Este fue el resultado del traductor Google. la influencia de mi amigo es decir Yanie. actualizaciones de estado en Facebook también en español. En consecuencia, nadie comento mi estado. coinciden con mi cara.oh otro. ¿Qué se siente cuando me berbaik viejo enemigo de nuevo con usted? que perdonar? primero las heces de cerdo estaba enojado con usted.¿cómo?

mampus no entienden.

siapa gemar dengan orang lembab?

Well i don't. Lebih-lebih lagi kalau si lembab adalah golongan lelaki. Baik di jalan raya, mesin ATM atau membungkus makanan. Silalah cergas sedikit dengan aktiviti harian anda. Orang di belakang pun ada kehidupan jugak, bukan nak tunggu kau je.





Thursday, February 18, 2010

Putera segar dari Bel-Air.



Siapa tak kenal beliau must be something wrong somewhere lah. One of my fav heroes. Malah sejak zaman kanak-kanak kita sume dah menonton lakonan dia. Start dari The Fresh Prince of Bel-Air sitcom series, Bad Boy, Independence Day, Men In Black, Enemy Of The State, Wild Wild West, The Legend of Bagger Vance, Ali, I-Robot, Hitch, Pursuit of Happyness, I Am Legend, Hancock, Seven Pound dan ada lagi puluhan in the making.

Lakonan dia sangat sangat sangat berkesan di hatiku. Tak payah action guling-guling tembak-tembak banyak pun, mimik muka saje dah cukup. Kesimpulannya, Will Smith sangat rawk my world lah.



Wednesday, February 17, 2010

The Montots.

This is, by far, the cutest montots that i ever see. Diapers butt, uolls. Can't sleep without huggin' it :)


Friday, February 12, 2010

nak adik? hehehehehehehehe.


Not yet, Ayang, not yet. Mama nak tumpukan perhatian sepenuhnya pada Ayang dulu. Ayang kan baru setahun 2 bulan, panjang lagi proses pembesaran. Buat masa ni, Ayang mainlah dengan sekupu-sekupu Ayang yang satu team bola itu dulu. Tapi kalau ditakdirkan mama menandung, mama terima saje.Mama linduuuu sangat dengan bau harum baby. Umpphhhhh. Bau sorga gitew.
Insya Allah, kalau semuanya mengikut plan, hujung tahun depan mama nak start menandung adik Ayang. Tahun 2012 keluarlah si kecik no.2 tu. Ayang nak boy ke girl? Mama nak baby girl. Papa pulak nak baby boy. Anyway, mama dah ready nama untuk kedua-duanya. Urfff, tak sabar!
Sekarang, mama pulak rasa nak menandung sekarang :p


Thursday, February 11, 2010

How dare you?

video

cubalah kalau berani.
Happy CNY.TIGER roar!


Tuesday, February 9, 2010

Supermom.


Untuk pertama kalinya aku berjaya memandu berduaan bersama Rayyan tanpa ditemani sesiapa! Sebelum ni sememangnya memerlukan bantuan ibuku, adikku, abangku, kakak iparku atau sesiapa saja yang perlu sebab budap kecip ni takkan duduk diam dalam car seat dia. Kalau orang pegang lagi dia menggelintin. Kali ni aku kering je, memandu dari Taman Melati sampai Pandan (macam jauh sangat je) dalam hujan yang sangat sangat sanggggat lebbbattt sekali.

Bangga dowh.

Persediaan sebelum perjalanan? Sebiji bola, sebiji balloon, sebotol susu, sekeping biskut dan 2 barang rare yang dia tak pernah nampak, serta spek hitam aku sebagai barang spare sekiranya semua bahan-bahan tersebut habis atau tercampak jauh. Pastikan semua barang-barang tersebut mudah dicapai. Sepanjang perjalanan pula, nyanyilah lagu yang rancak dan jangan lupa sertakan mimik muka lucu anda juga. Abaikan pemandu lain yang memerhati.Insya Allah anda akan berjaya.

Lepas ni aku akan cuba perjalanan yang lebih jauh. Rayyan dan besar pun. Hensen dah anak mama. Bila nak kawem dengan Suri ni..




ping-kerabu.


Pink and grey are the perfect-est combination ryte? Macam sweet gila ah. Rasa macam nak makan nasik kukus tiga pinggan je bila tengok pink dan kelabu dikombinasikan.

p/s: Anda akan muntah dengan banyak gambar selepas ini.


*got pink grey MU bag.


*got pink grey hi heels.



*got pink grey kids skate.



*got Rayyan lil' sis shoes.



*Rayyan's lil sis suar kecip also got.

*got pink grey D&C handbag.



*got sweet pink grey dress also

*whooaa.I didn't know got this pink grey LV Kanye West shoes.

*and also got Abu's bed(kalau Abu tidur pasti tak kelihatan)



Thursday, February 4, 2010

Fesyen mak-mak.

Bukan fesyen mak nyah ye. Kak Senduk sila jangan terasa. I mean fesyen para ibu.

Kalau dah jadi ibu, fesyen pun kena tukar ke? Kena pakai baju besar-besar, tudung kaler orang tua, seluar longgar-longgar, kasut nak Bata. Tak semestinya kan?

Kalau nak fesyen mak-mak pun takpe, tapi bagi aku, biarlah up to date sikit. Barulah jadi hot mama gitew. Blouse kaler-kaler menarik, seluar nak skinny, wedges pun at least Charles & Keith.


Balik ni kena gi beli blouse lagik.

Tuesday, February 2, 2010

Parenting Tips.

[SOURCE]

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.