Thursday, March 25, 2010

Kejadian memal di pagi Khamis.

Memal = memalukan.

Lawak, lawak. Tu la kelam kabut lagi pagi-pagi. Dah pesan dah, jangan nak snooze alarm sangat. Begedil.

Pagi tadi masa sidai kain baju (seawal 6.45 pagi), aku letak hanger atas bonet keta untuk proses menyidai kain. Lepas abes tu, tegesa-gesa reverse kete kua umah. Bawak Rayyan sekali masa reverse kete sebab dia merengek-rengek nak ikot. haih. patutnya 6.45 pagi tu aku dah gerak gi keje tu.

Lepas tu tros la vrooom gerak gi opis. biasa lah jalan KL banyak luhubang sini sana. aku pelik asal langga lubang je bunyi 'keletung', langgar lagi lubang bunyi 'keletang'.. Asal lak kete aku ni.. Tayar nak tecabut ke..

Kete blakang pulak bukan main nak hon lagi. Yang kete sebelah kelihatannya bukan main nak sengih lagi. Aku pelik dah ni. Sekali lagi bunyi 'keletang keletung'.

Baru la aku ingat dan teros terjerit 'hanger mak mertua aku!'. Lantas tros aku tegelak pecah perot dalam kete. mampuih la kete sebelah nak cakap aku gila ke apa. Ada dalam 4 hanger lebih sidai baju tadi dah tegolep dkat MRR berhampiran Tesco Ampang ye.

Disebabkan tak sedap ati, aku benti kat Shell untuk tengok tempat kejadian. Ye, tuan-tuan dan puan-puan, ada lagi 2 hanger tersangkut kat bonet kete saye. Amat memal. Nasib baik aku benti, jika tidak, seluruh kete di Jalan Ampang akan terpinga-pinga.

Moral of the story : Jangan snooze alarm jika tau pagi tu nak kena sidai kain.

Tuesday, March 23, 2010

the bege.

Dah bujang dah. hensen pulak tu. Kasih sayang mama yang paling utama.


Earth Hour.


Dim your light on Earth Hour. Show your support ppl.
It's our earth. Vote for earth!
8.30 pm - 9.30 pm
Saturday
27 March 2010


Saturday, March 20, 2010

Frrrringe!

Aku kembali menggilai fringe. Bukan saja rambut malah kasut, beg, baju dan sebagainya. Beli, beli dan gunting! (wahahah ayat tak bley blah)

Katy Perry the hottest fringers.


What else do you want when you have grey suede fringe sling bag?



Fringe hi heels of course.



Ini sangat rawk hippies!

Spek fringe ni Beyonce je pakai kot?Kalau ada orang lain lagi tentu orang itu Lady Gaga.



Monday, March 15, 2010

Cipgu Bahase Melayum.

Ini cipgu bahase melayum cikgu bahasa melayu saya yang baru ; Cikgu Izawati Ahmad.

Ehe ehe ehehehe.

Yea, aku mengaku bahawa aku memang suka sangat sangat sangat lah ubah ejaan bahasa melayu. Kalau salah disisi undang-undang, aku sudahpun berada di tali gantum gantung.

Handsome (hensem) jadi hensen.
Rayyan jadi Layen.
Kahwin jadi kawem.
Bosan jadi bosam.
Esok jadi esop.
Hidung jadi idum.

Ok banyak lagi.

Kebanyakkan kesalahan bahasa tersebut dilakukan di Facebook dan laman-lama sosial yang lain. Jarang dilakukan di blog ini. Sebab orang di sini agak random dan aku taktau siapa yang membaca. Dibuatnya guru besar sekolah lama baca, tak ke naya?Ask yourself lah kan.

Kalau kamu ada dalam frenlist saya di FB, kamu akan tahu.

Saturday, March 13, 2010

Kalau aku pakai kasut ni Abu kejar tak?


Kalau Abu tak kejar pun, Abu pingsan.


Wednesday, March 10, 2010

Pengalaman dikejar hantu gigi.

Ini kisah benar. Bukan main-main. Bukan hantu gigi dalam cite Pendekar Bujang Lapok cucuk-buat-sate tu ok. Ini benar-benar kejadian yang terjadi kat aku.

Pada satu malam, aku, mak dan Rayyan kua besiar-siar di Putrajaya. Malam masih muda, around 9 pm. Round punya round tiba-tiba aku rasa aku dah hilang tujuan. Ntah mana hiway aku masuk ntah. Aku memang ikut signboard presint 7-11, tiba-tiba jumpa jalan mati. Dari jauh aku dah nampak gelap je depan sana. Nak taknak terpaksa kuteruskan jua, sebab takleh nak u-turn masa tu. bayangkan la, dah nama pun jalan mati. Gelap pekat, hanjeng ramai dalam 7-8 ekor. Nasib ada tempat untuk u-turn.

Selamat kat situ.

Perjalanan untuk mencari jalan pulang diteruskan. Ikut je signboard presint 7-11. Sialan btol signboard kat sana, memang mana-mane ntah tembusnya. Kua plak signboard Dengkil, Cyberjaya,KLIA,Puchong dll. Kau tak pening? Walhal baru 5 minit yang lalu aku berada di Putrajaya. Tu takpe lagi, Rayyan dah mula merengek, minyak tinggal 2 bar, mak aku pulak tak henti-henti membebel. Aku relax carik slow-slow.

Time ni la hantu gigi tu kua.

Mak aku yang mula-mula perasan, hantu gigi ni folo slow je dari blakang. Tak lama pastu dia sebelah kiri kereta dan seterusnya bahagian depan kereta,dimana masa tu aku baru perasan.

Oh, aku ada mention tak hantu gigi ni adalah seorang lelaki separuh usia berketurunan ***** yang menaiki motosikal cabok separuh usia juga?

Ia memang menyerupai hantu gigi kerana itulah saja yang paling jelas kami nampak.

Ok, kalau die folo saje takpe, ni dia potong kete kau,pastu dia tejenguk-jenguk dalam kete kau. Boleh? Diulangi kami bertiga saje ye. Aku dah start cuak la. Tak cukup dengan tu, dia kuarkan henfon dia dan menghubungi seseorang dan tepandang-pandang lagi kete aku. Kau bolehhh?

Aku saje bagi signal kiri, dia yang berada di depan kete masa tu pun ke kiri. Bila aku cancel signal, dia stret jugak. Dia dok tengah-tengah depan kete, macam taknak bagi aku potong motor dia. Aksi dia memang btol-btol buat aku anak beranak tak tenteram.

Aku rasa nak pingsan dah ni. Tangan dah gigil-gigil ni. Aku tros vrooommmm meninggalkan hantu gigi tu. Mak aku dengan bebelan dia dan Rayyan dengan tangisan dia tak aku hiraukan. Sesat pun sesatlah, janji aku dapat tinggalkan hantu gigi tu sejauh yang mungkin. Dalam fikiran aku, mungkin dia calling geng hantu gigi lain dan nak menyerang kitorang. Kita kena berfikiran negatif kan. Jadi hantu gigi pun jauh ketinggalan di belakang sana.

Tros aku call laki aku mintak bantuan. Dia suruh ikut signboard Cyberjaya instead of Dengkil sebab tu je signboard yang ada time tu. Lepas tu aku tros call lagi sorang kawan yang pakar jalan Cyber. Ikut punya ikut direction dia, boleh pulak kua balik tempat mula-mula hantu gigi tu folo kitorang. Kau tak gigil ke?

Tapi kali ni slow-slow kitorang cari exit, Alhamdulliah jumpa park & ride Putrajaya, seterusnya Putrajaya Sentral dan tros mengahala ke rumah. Nampak bumbung rumah tu merupakan satu rahmat yang tak terhingga lahhhh.

Masuk rumah tros grill,kunci segala pintu dan tingkap yang ada. Boleh, kau sesat di Putrajaya? Gila babi geng. Dalam pikiran ni macam-macam dah ni. Paling aku takut hantu gigi tu mengapa-ngapakan anak aku. Memang aku bunuh semua hantu gigi yang ada. Sumpah.

Jadi, ladies out there, berhati-hati pabila memandu di waktu malam. Sentiasalah berfikiran negatif sebab tu la yang akan menyelamatkan anda.

Friday, March 5, 2010

It is March already?

Time is running super fast. Rasa baru lagi menjerit tengok bunga api New Year. Sekarang tetiba dah bulan Mac. Lodsa event coming up. Buffday suami dan adik, BFF kawem, International Hot Air Balloon, kursus induksi selama berminggu, another BFF kawem on July and we're planning a trip to Terengganu, Mom's buffday, my buffday, Hari Raya and at the end of the year, it's my precious son 2nd buffday. How fast is that? He's growing up sooo fast, as fast as he run.

I'm planning to buy him a bicycle. Maybe a tricycle for a start. Of cos, the supercool tricycle. And yes, we are the rider family. We are born to ride!




COIN LAUNDRY updated!

disini aku ingin mencelah untuk memarketkan blogshop aku dan BFF.

COIN LAUNDRY dah ada baju-baju baru, seswai untuk remaja dan mak-mak budak juga ada.

do visit,grrls! :)