Memal = memalukan.
Lawak, lawak. Tu la kelam kabut lagi pagi-pagi. Dah pesan dah, jangan nak snooze alarm sangat. Begedil.
Pagi tadi masa sidai kain baju (seawal 6.45 pagi), aku letak hanger atas bonet keta untuk proses menyidai kain. Lepas abes tu, tegesa-gesa reverse kete kua umah. Bawak Rayyan sekali masa reverse kete sebab dia merengek-rengek nak ikot. haih. patutnya 6.45 pagi tu aku dah gerak gi keje tu.
Lepas tu tros la vrooom gerak gi opis. biasa lah jalan KL banyak luhubang sini sana. aku pelik asal langga lubang je bunyi 'keletung', langgar lagi lubang bunyi 'keletang'.. Asal lak kete aku ni.. Tayar nak tecabut ke..
Kete blakang pulak bukan main nak hon lagi. Yang kete sebelah kelihatannya bukan main nak sengih lagi. Aku pelik dah ni. Sekali lagi bunyi 'keletang keletung'.
Baru la aku ingat dan teros terjerit 'hanger mak mertua aku!'. Lantas tros aku tegelak pecah perot dalam kete. mampuih la kete sebelah nak cakap aku gila ke apa. Ada dalam 4 hanger lebih sidai baju tadi dah tegolep dkat MRR berhampiran Tesco Ampang ye.
Disebabkan tak sedap ati, aku benti kat Shell untuk tengok tempat kejadian. Ye, tuan-tuan dan puan-puan, ada lagi 2 hanger tersangkut kat bonet kete saye. Amat memal. Nasib baik aku benti, jika tidak, seluruh kete di Jalan Ampang akan terpinga-pinga.
Moral of the story : Jangan snooze alarm jika tau pagi tu nak kena sidai kain.
Thursday, March 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kamu ni klakarz bangattt...hik..hikkk
Post a Comment