Wednesday, March 10, 2010

Pengalaman dikejar hantu gigi.

Ini kisah benar. Bukan main-main. Bukan hantu gigi dalam cite Pendekar Bujang Lapok cucuk-buat-sate tu ok. Ini benar-benar kejadian yang terjadi kat aku.

Pada satu malam, aku, mak dan Rayyan kua besiar-siar di Putrajaya. Malam masih muda, around 9 pm. Round punya round tiba-tiba aku rasa aku dah hilang tujuan. Ntah mana hiway aku masuk ntah. Aku memang ikut signboard presint 7-11, tiba-tiba jumpa jalan mati. Dari jauh aku dah nampak gelap je depan sana. Nak taknak terpaksa kuteruskan jua, sebab takleh nak u-turn masa tu. bayangkan la, dah nama pun jalan mati. Gelap pekat, hanjeng ramai dalam 7-8 ekor. Nasib ada tempat untuk u-turn.

Selamat kat situ.

Perjalanan untuk mencari jalan pulang diteruskan. Ikut je signboard presint 7-11. Sialan btol signboard kat sana, memang mana-mane ntah tembusnya. Kua plak signboard Dengkil, Cyberjaya,KLIA,Puchong dll. Kau tak pening? Walhal baru 5 minit yang lalu aku berada di Putrajaya. Tu takpe lagi, Rayyan dah mula merengek, minyak tinggal 2 bar, mak aku pulak tak henti-henti membebel. Aku relax carik slow-slow.

Time ni la hantu gigi tu kua.

Mak aku yang mula-mula perasan, hantu gigi ni folo slow je dari blakang. Tak lama pastu dia sebelah kiri kereta dan seterusnya bahagian depan kereta,dimana masa tu aku baru perasan.

Oh, aku ada mention tak hantu gigi ni adalah seorang lelaki separuh usia berketurunan ***** yang menaiki motosikal cabok separuh usia juga?

Ia memang menyerupai hantu gigi kerana itulah saja yang paling jelas kami nampak.

Ok, kalau die folo saje takpe, ni dia potong kete kau,pastu dia tejenguk-jenguk dalam kete kau. Boleh? Diulangi kami bertiga saje ye. Aku dah start cuak la. Tak cukup dengan tu, dia kuarkan henfon dia dan menghubungi seseorang dan tepandang-pandang lagi kete aku. Kau bolehhh?

Aku saje bagi signal kiri, dia yang berada di depan kete masa tu pun ke kiri. Bila aku cancel signal, dia stret jugak. Dia dok tengah-tengah depan kete, macam taknak bagi aku potong motor dia. Aksi dia memang btol-btol buat aku anak beranak tak tenteram.

Aku rasa nak pingsan dah ni. Tangan dah gigil-gigil ni. Aku tros vrooommmm meninggalkan hantu gigi tu. Mak aku dengan bebelan dia dan Rayyan dengan tangisan dia tak aku hiraukan. Sesat pun sesatlah, janji aku dapat tinggalkan hantu gigi tu sejauh yang mungkin. Dalam fikiran aku, mungkin dia calling geng hantu gigi lain dan nak menyerang kitorang. Kita kena berfikiran negatif kan. Jadi hantu gigi pun jauh ketinggalan di belakang sana.

Tros aku call laki aku mintak bantuan. Dia suruh ikut signboard Cyberjaya instead of Dengkil sebab tu je signboard yang ada time tu. Lepas tu aku tros call lagi sorang kawan yang pakar jalan Cyber. Ikut punya ikut direction dia, boleh pulak kua balik tempat mula-mula hantu gigi tu folo kitorang. Kau tak gigil ke?

Tapi kali ni slow-slow kitorang cari exit, Alhamdulliah jumpa park & ride Putrajaya, seterusnya Putrajaya Sentral dan tros mengahala ke rumah. Nampak bumbung rumah tu merupakan satu rahmat yang tak terhingga lahhhh.

Masuk rumah tros grill,kunci segala pintu dan tingkap yang ada. Boleh, kau sesat di Putrajaya? Gila babi geng. Dalam pikiran ni macam-macam dah ni. Paling aku takut hantu gigi tu mengapa-ngapakan anak aku. Memang aku bunuh semua hantu gigi yang ada. Sumpah.

Jadi, ladies out there, berhati-hati pabila memandu di waktu malam. Sentiasalah berfikiran negatif sebab tu la yang akan menyelamatkan anda.

2 comments:

fatyn said...

seram jugak tu. kira jadi hero jugak la kak yana malam tu.

naya said...

seram gila.sket lagi nak jadi mangsa antu gigi.pk rayyan je time tu.