Wednesday, June 23, 2010

Emo yang tidak berkenaan dengan kamu.

Ye, malam ni aku emo. Kalau korang sume emo pasal laki balik lambat dan ada kesan lipstik kat leher baju, pasal bini masak kurang garam atau anak melalak tak henti-henti taktau sebab, aku pulak emo sebab Showdown 2010. Hehe. Qelakar kan?

Kalau lah ada sorang pun antara reader yang tengok the last battle top 6 tadi, memang tak puas hati lah. Boleh eh battle main tolak-tolak? Aku yang bukan sejengkal pun b-boy ni pun tau la syarat battle adalah no touching. Yang Famous Crew elok je block dan tolak Borneo Soul Breakers tu apesal? Tolak dengan kuat dan bersungguh-sungguh tau.

Aku tak minat kedua-dua crew ni. Tak minat as in tak minat langsung la. Memang dah agak BSB akan keluar pun minggu ni, tapi FMC dont have to be rude! Rancangan ni LIVE der, agak agak la sket. Dah la satu crew cina, satu crew melayu. Battle secara gentleman tak boleh ke? Ok, aku tau korang desparate nak menang dan bawak balik RM50K tu kan? Tapi hilang maruah takpe lah ek? RM50k kongsi ramai-ramai tu bole beli balik maruah yang tercalar tu? Katne jual?

Pehhh, wall Showdown kat FB malam tadi aku rasa seminit 100 post ada jugak la. Sume tak puas hati. Aku ni dah off laptop, dah baring dalam comferter ni, boleh gigih bangkit balik ni nak komen kat FB. FB Mobile tak puas. Semangat!

Ramai bengkak kat Joe Flizzow sebab eliminate BSB (crew yang ditolak), tapi aku secara peribadi berpendapat Joe buat tu sume ada sebabnya. Think deeply, and u'll know urself. Maunya 2000 post seminit kat wall showdown. Dan pergaduhan sesama kaum mungkin akan terjadi. Ya, ada isu besar yang berkait dengan kamu yang tak minat Showdown juga disini.

Anyway, chill lah yea. Adat pertandingan. Apa yang penting, DIGNITY bukan DIGGIDY.

video

the truth is out here.


2 comments:

akiss ferrero. said...

yes, yes, kis tgk. mmg kitorg bising gak kt umah smlm. mcm nk turun battle. cewah! tp, nk buek camno kan. hmmm hmmm

naya said...

kita bwat crew baru, battle dgn FMC. mau?
the first tudum litup crew :D