Thursday, October 30, 2008

isu gula naik dalam diriku.

ye.
isu gula bukan saja dirasai oleh semua masyarakat malaysia,tapi turut dirasai dalam diri aku iaitu badanku yang sedang menandung genap 34 minggu ini.

minggu lepas aku disuruh datang ke klinik mami dan baby(nampak kiut sedikit dengan nama ini) untuk MGTT iaitu aku disuruh berpuasa dari 10 malam dan datang ke klinik ambil darah kat lengan,pastu minum air gula satu tupperware,pastu tunggu 2jam dan ambil darah kat lengan lagi sekali.sangat boring.ujian ni untuk trace kandungan gula dalam darah atau lebih tepat kencing manis.ini kali kedua aku mengambilnya.

dan kelmarin,klinik mami dan baby call,suruh datang lagi untuk ambil darah kerana result MGTT kandungan gula diparas bahaya,ditulis dengan pen merah,dalam suasana yang mendebarkan 8.0.

jadi,aku datang lagi.

kali ni,lebih mual daripada minum air gula satu tupperware.aku disuruh datang ke klinik ambil darah 4x iaitu 8am,12pm,430pm dan 830pm.dengan ketiadaan lesen kereta,hal ini jadi sedikit leceh.mujur ada kereta merah putih bernama teksi.

result gula 4x ambil 4.4,7.4,6.3,6.1. (sila jangan beli nombor ekor,berdosa)

dan hari ini,klinik mami dan baby menalipon lagi.
'sila datang klinik esok,ambil surat doktor dan pergi hospital segera.

isu gula sangat mendebarkan bukan?

Tuesday, October 28, 2008

whoaa!



33wks baby.



Monday, October 20, 2008

baby's wish list.


Kehadapan yani.Berikut adalah baby's wish list,bukan aku.Sila lihat dan belikan.I know u will.




Baby cot ;)






Baby blanket ;-o






Baby's cradle :D




Baby's bottle cucu ;-x

Maceh yani.Selamat bersoping bersama yang lain.

Ailebiu ol ;-*











Wednesday, October 15, 2008

Debunga.




Aku pasti adik aku dah blog mengenai haiwan ini.haiwan ini menyerupai tikus,dimana aku membalingnya secara slow motion apabila adik aku berkata begitu.

Dia datang tanpa diundang(ada pulak kad undangan menjemput kucing ke rumah)

Muka dia tak bersalah,bulu dia bersih,buat muka kesian.

Apak bagi nama Debunga,walaupun dia seekor lelaki.


Selamat datang,Debunga.


Siap kau,nanti aku balik aku buat proses pendebungaan kat kau.




32 weeks now.

Gejala-gejala minggu ke-32 ;

1. Pinggang sudah semakin sakit.duduk kene tegak,bediri kene tegak.
2. Kadar kekerapan kencing yang berleluasa like 15 minute sekali.melampau!
3. Sesak nafas sehingga tidak boleh bergelak ketawa seperti dahulu lagi.
4. Semayang sudah kene duduk.peha sudahpon besa macam peha ayam kefsi.
5. Berat sudah naik 15 kilo bayangkan!
6. Tidur tidak lagi lena.tengah malam terjaga purata 3-4 kali.
7. Makan sangat banyak.baby gomok.
8. Kepala runsing memikirkan hari baby akan keluar.
9. Kaki yang bengkak,surut,bengkak,surut,bengkak.
10. Hormon tidak menentu.swing mood perkara biasa.
11. Muka yang sembab macam nirmala bonat tapi versi kiut.kahkah.