Thursday, October 30, 2008

isu gula naik dalam diriku.

ye.
isu gula bukan saja dirasai oleh semua masyarakat malaysia,tapi turut dirasai dalam diri aku iaitu badanku yang sedang menandung genap 34 minggu ini.

minggu lepas aku disuruh datang ke klinik mami dan baby(nampak kiut sedikit dengan nama ini) untuk MGTT iaitu aku disuruh berpuasa dari 10 malam dan datang ke klinik ambil darah kat lengan,pastu minum air gula satu tupperware,pastu tunggu 2jam dan ambil darah kat lengan lagi sekali.sangat boring.ujian ni untuk trace kandungan gula dalam darah atau lebih tepat kencing manis.ini kali kedua aku mengambilnya.

dan kelmarin,klinik mami dan baby call,suruh datang lagi untuk ambil darah kerana result MGTT kandungan gula diparas bahaya,ditulis dengan pen merah,dalam suasana yang mendebarkan 8.0.

jadi,aku datang lagi.

kali ni,lebih mual daripada minum air gula satu tupperware.aku disuruh datang ke klinik ambil darah 4x iaitu 8am,12pm,430pm dan 830pm.dengan ketiadaan lesen kereta,hal ini jadi sedikit leceh.mujur ada kereta merah putih bernama teksi.

result gula 4x ambil 4.4,7.4,6.3,6.1. (sila jangan beli nombor ekor,berdosa)

dan hari ini,klinik mami dan baby menalipon lagi.
'sila datang klinik esok,ambil surat doktor dan pergi hospital segera.

isu gula sangat mendebarkan bukan?

No comments: