Thursday, February 19, 2009

Cuti Menjaga Anak.

Disebabkan aku telah melahirkan anak,maka aku mendapat hak cuti bersalin selama 60 hari.
dan disebabkan aku rasa cuti bersalin saja tidak memada-i,maka ketamakan serta kemalasan ku memaksa aku menambah cuti menjaga anak selama lagi 30 hari menjadikan total cuti aku 90 hari.
But malangnya,thats include awal muharram,cuti raya cina,new year,meri kismes,thaipusam dan aku harap itu sajalah sebab aku rasa rugi bercuti di hari cuti.

Untuk pengetahuan umum,cuti menjaga anak adalah secara total boleh diambil selama 5 tahun ataupun peringkat2 sehingga anak ke5.dan ia adalah cuti tanpa gaji.tapi aku rasa sebulan sudah memadailah sebab aku masih belum konfem pon.dan aku berharap akan ada cuti membesarkan anak selama 10 tahun lagi selepas ini.

Atau mungkin cuti mendidik anak hingga berjaya selama 20 tahun.cuti bergaji mebi?U wish.

1 comment:

yum yum. said...

ini bukan cuti beranak lg, ni cuti boss! hehee