Semalam kami anak beranak pegi pavilion.
tujuan ; membawa anak-anak buah yang kesunyian makan angin kerana ibu bapa pergi umrah.
'kak yana,kite orang lapa!'
oke,aku tau dorang memang sentiasa lapa,jadi menuju pizza hut terus menerus.
sebaik saja duduk dan mengorder pizza large lapan,tiba-tiba..
GEDEGANG!! (huruf besar,bold,font merah pulak tu maknanya bunyi sangat kuat ok)
bunyi periuk melantun dari dapur pizza hut tersebut.aku melatah dan mengeluarkan perkataan kesat kerana terkejut.demmit betul,siapa pulak mengamuk tu?
semua pandang dapur pizza hut.
keluarlah seorang budak laki,dalam 22 tahun la umur dia agaknya.lantas beliau menghempas dan menumbuk pintu dapur tersebut.berlubang.gila kuat.
sambil berjalan keluar,mulut beliau kumat kamit-memaki lah tu.tangan beliau pulak menolak jatuh semua benda sepanjang jalan.muka panas.satu pizza hut pandang dia ni.beliau terus balik ke rumah agaknya.pastinya beliau kene ganti pintu yang berlubang itu dan pulangkan balik uniform kerja tersebut.
kool gila.
aku rasa mesti dia kena marah dalam sana.dah lama sabar agaknya,dah membuak-buak darah muda bergelora dia tu.teringat pulak masa aku muda-muda dolu,ada jugak mengamuk di tempat kerja.baling air coke 16oz dan double cheese burger kepada pihak lawan dan terus start motor pulang ke rumah.best dan tidak kool.
WAHAHAHA.
Monday, April 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment