Monday, October 25, 2010

People.

Aku menyesal tak maki je budak perempuan yang buat muka geli dan tukar tempat lain bila Rayyan muntah atas kerusi di A&W One Utama. Ayat makian aku dah susun, dah hujung mulut dah. Tapi aku terfikir " Alah, budak sekolah, bukan dia tau apa! Nanti dah ada anak, muntah taik cirit birit hingus segala kau dah tak heran. Ah, budak!"

So, budak sekolah itu selamat dari makian spontaneous aku.

Aku juga menyesal tak maki receptionist hotel di Penang yang angkat telefon tak greet customer dengan betul. Lonjakan suara dia juga sangat tinggi. Macam bersedia nak maki orang. Bila tanya room rate, dia jawab dengan nada yang kurang ajar. Yes, i was at customer service before and i know the right tone to speak. He was shouting. Tapi, aku tamatkan juga perbualan dengan terima kasih dengan senyuman ikhlas. Remember, it's a phone call. And i was smiling talking to him. And he was shouting at me. Ya Allah, betapa bersabarnya hamba Mu ini.

Jadi, recep itu juga selamat.

Dan, cashier 7e di Serdang juga begitu. Hampir di sound tepet oleh mulut aku, tapi terselamat, sebab aku tengok rambut dia kusut. Maybe she's having a bad hair day. But me as a customer deserves a smile. Fake a smile for Gods sake!

Aku rasa aku bersabar di tempat yang salah. Sabar memang separuh daripada iman. Tapi kalau kita biarkan orang tu akan melebih-lebih dan tak sedar diri. Don't u think so? Jadi, pendapat aku bersabarlah di tempat yang betul. Kalau rasa benda tu salah, try to fix it. Betulkan dengan cara yang betul juga.

Ucapan terima kasih tu tak susah. Aku tak pernah bosan cakap terima kasih kat orang tol walaupun aku tak pernah dengar jawapan sama-sama. Kat mesin potostat pun aku cakap terima kasih. Its not so hard. TERIMA KASIH. See?

Sekian ceramah isnin saya.

Ok bye.


2 comments:

merahitujambu said...

tempeleng laju2 semua org bermasalah itu...rasa nk maki jugak bila baca..tu baru baca..akak yang alaminyee??sbr jee laaa

naya said...

btol btol btol *bwat sore upin ipin.

sabar!