Wednesday, June 20, 2012

Anak mangsa penceraian ibu bapa.

[SOURCE]


Apabila jalan penyelesaian adalah perceraian, pasangan akan mengambil keputusan untuk mengambil haluan masing-masing dan bergerak sama ada solo mahupun bersama teman baru dalam hidup mereka. Namun, pada masa yang sama, dalam meleraikan segala kekusutan itu, mereka tidak sedar kehidupan anak mereka tersepit di tengah-tengah dilema dua hati dan berperang dengan curiga yang tidak tidak pernah diambil kira.



Kanak-kanak yang masih mentah terpaksa bergolak dengan pemikiran dan perasaan sendiri kerana terpaksa melihat ibu bapanya sering bertikam lidah mahupun tidak lagi duduk serumah.


Katanya, kanak-kanak yang melihat keluarga berpecah berkemungkinan mengalami masalah emosi seperti kurang keyakinan, murung dan celaru berbanding kanak-kanak yang memiliki kehidupan normal. Mereka kecewa dengan hidup, murung, suka membuli, melakukan keganasan, gagal dalam akademik dan juga gagal dalam hidup. Anak ini juga mengalami tekanan emosi yang teruk, kesihatan badan tidak kuat, kemurungan, bimbang dengan hidup, bahkan lebih pendek jangka hayat mereka. 



So, orang-orang sekeliling Rayyan harap faham. Budak yang parent bercerai ni perangai memang lain macam. Mengada lebih, manja lebih, gedik lebih. Atok nenek pun sayang lebih, kesian lebih. Semua nak dapat. Bukan dia mintak mak bapak dia bercerai, dia budak lagi bukan tau apa. Janganlah jeling, menyampah, rasa benci dengan budak-budak macam ni. Kalau dia bwat salah, tegur lah, marah lah, pukul lah kat kaki, tapi janganlah jeling dia. Janganlah pandang dia dengan perasaan benci. Kesian budak. Saya sendiri sebagai mak kadang-kadang tak boleh sabar, kadang-kadang mengeluh, pukul dia dengan niat mengajar, tapi last-last bila anak dah tidur, kita tengok muka dia, kita sendiri rasa menyesal. "bwat apa aku pukul dia, marah dia? Dia bukan tau apa" Memang orang sekeliling semua sayang dia, tapi kasih sayang dia tak lengkap, parent dia dah tak bersama. Tak macam budak lain yang duduk serumah dengan parent dan adik beradik lain. So, orang sekeliling tu try lah faham. Jangan benci anak saya. Dia nyawa saya. Buruk camane perangai dia pun, dia tetap anak saya. Saya tak suka orang jeling anak saya dengan perasaan benci.

I know I'm not a perfect mother to Rayyan but I'm trying my best to be the best for him. So, just quit judging.


6 comments:

pitworkgirl said...

huhuhu ...mmg yana , akak faham sgt, anak2 yg tiada bapa atau ibu jiwanya lain.mcm ank2 akak ..tp yg penting kita sabar eh

Anonymous said...

beb, be a strong mom..wish u hapi with ur son,fmly..amin..

naya said...

thx girls :)

Dark @ng3L said...

yg jejelim anak orang tu..kekecik tak penah nakal ke?

naya said...

dari kecik dia malaikat kot ;/

eppi said...

ierms..ko tak tgk perangai iman..sama jer anak kecil perangai begitu.. aku pon kena gak jeling2 siap ada yg tutup telinga depan aku sebab iman nangis...apa perasaan ko? rasa nak lempang jer org tu..org dewasa lak tu! ye la anak dia baik kannnn....tak nakal..