Tuesday, June 9, 2009

pelanduk dua serupa.

Ini cerita lama.zaman aku dan suami masih berdating.masa tu oh-segalanya-indah-belaka lah. Hari-hari pergi dating.ponteng kelas(i hope apak dont read this) pegi tengok wayang cite bukan-bukan kat KLCC.haih.balik rumah tesengih sorang-sorang dalam komuter.asyiknya dilamun cinta.

Ok,dulu kami punya fevret spot kat KLCC adalah Gloria Jeans Coffee.Pasti akan lepak sana minum iceblended coklet everytime pegi KLCC.tapi skang Gloria dah takde dah kat sana.ada satu masa tu,tengah lepak menyulam cinta,datang sorang mamat cina singapore ni dengan member dia duduk meja sebelah.dia pandang aku tak lepas bai.aku dah naik cuak dah.wadehel is the mamat usha-usha i ni?

Pastu dia dok bisik-bisik dengan member dia,senyum-senyum kambing pulak kat aku.aku neves bai.nampak alur montot aku ke?ketihak aku basah ke?aku terus control cun.pastu dorang dok belek satu gamba ni,pastu pandang aku lagi.tengok gamba,pandang aku,pandang aku,tengok gamba.

And then barulah aku dapat tangkap apa yang berlaku,muka aku sama dengan gofren mamat tu la.sejibik bai!mamat tu siap tunjuk kat aku.tapi gofren dia versi baiiiyekkk la rambut pendek. sepsi and hot.aku versi gadis melayu.tapi kalo letak sebelah2 memang tak boleh cam mana satu aku.

Orang kata dalam dunia ada 7 orang muka sama macam kita ek?aku dah jumpe 2,satu gofren dalam gamba tu,lagi satu Preity Zinta.

Korang?


2 comments:

ainmusa said...

hehe.priety zinta eh?klaka lah.naseb org tu tak buat hal nak mintak no ke ape ke.huhu

naya said...

die ade gofren lagi hot lah ain ;p