Friday, April 23, 2010

The night is wet. Very, very wet.

Jangan terpesona sangat dengan tajuk entry ni. Saje je nak membutakan mata korang.

Hari jumaat, working hour korang camane? Kalau macam aku, 7.30am sampai 12.15pm. Rehat sampai 2.45pm pastu 4.30pm balik. Rehat ada 2jam 30minit.

Dan korang tau tak 2jam 30minit tu sangat lama kalau korang takde buat apa-apa? 15minit sebelum 12pm tu konfem sume dah berterabur keluar cari makan. 12.30pm dah naik opis. Kalau rajin pegi Great Eastern. Beli odorono kat Watson, tengok cadar kat Aussino. Bosang aku.

Dah tu kembali semula ke opis. Belek FB, blogwalking, window-on9-shopping. Lama mana sangat lah, mata dah seret, pinggang pun dah lenguh. Pergi surau belakang, tujuan nak tido. Golek golek golek, mata takleh tido. Ekon terlalu sejuk. Sumpah sejuk, rasa macam 11 darjah celcius kot? Cahaya matahari jangan cite la, kadang-kadang satu hari tak kene sunlight. Badan dah naik kuning.

Ok, dah golek golek, mata takleh tido. Kua balik surau, duduk balik kat depan pc. Bukak FB balik. FB agak sunyi, sume laki gi semayang jumaat. klik sane, klik cni. Nuffnang, Google, Maybank2u, sume dah nampak kabur. Pale dah tak bole nak loading. Jam baru 1.45pm. PEHH!

Yang lain-lain, ada yang balik umah. Ada yang makan nasik lemak lebih pagi tadi kat pantry. Ada yang tgk wonderpet kat depan. Ada yang konvoi pegi Jalan TAR. 2jam 30minit kalau kat umah ni, macam-macam dah siap. basuh baju 3 round, siap sidai, siap kering dan siap lipat.

Any idea how to safe 150 minute of my time? It has to be save. Time is precious. Jalan TAR dan Great Eastern mahupun Ampang Point dah tak berhasil untuk aku.

The night is wet.

No comments: