Tuesday, October 26, 2010

Yang penting hati.

Kalau perempuan tu pakai tudung litup, muka putih halus mulus, pakai tutup aurat, semayang tonggang tebalik, konfem ke hati dia bersih, tak busuk?

Kalau perempuan tu free hair pulak, ketawa kuat-kuat, pakai skinny jeans ketat, lipstick merah menyala, isap rokok asap bekepul-kepul jahat ke dia? Hati konfem busuk ke?

Haa, fikir dulu sebelum jawab. Sebab walaupun aku baru hidup 27 tahun 2 bulan, aku dah jumpa pelbagai jenis manusia, pelbagai rupa, pelbagai ragam, pelbagai perangai.

Aku bukan nak kondem pemakaian orang sama ada bertudung, menutup aurat atau tidak. Aku tak kuar pun statement bahawa konfem sume orang pakai tudung dan tutup aurat hati busuk. Takde, takde. Begitu juga sebaliknya. Aku cuma ketengahkan persoalan tu supaya benda ni diketengahkan. Aku semak dengan orang hati busuk ni. Mulut manis, hati ya ampun.

Pakaian seseorang langsung tak menggambarkan hati dia. Hati busuk takleh nak bau, kalaulah boleh bau, jauh dah aku lari.

Thank God i got a lonnnnggg line of bestfriend that are beautiful inside and out, walaupun ada yang mulut celupar, tapi yang penting hati baik. YANG PENTING HATI. Pakaian, rupa, duit, mulut mahupun kasut tak penting.

Go figure!



5 comments:

merahitujambu said...

yeeeaaahhh terbaik...bila dh terkena batang idung baru laa th..

kadang2 tu.nk ceramah agama kt kita..padahal sendri cm baik sgt..lau dia baik pastu umpat kt org n aibkan org..baik ke??boleh jalan laa dgn cramah kau!!hahahaha*muka jahat

naya said...

manusia,manusia. bukan nak cakap diri kita sendiri ni baik, tidak.

tapi nak busuk hati janganlah sampai satu kawasan bau an an an?

akiss. said...

like dis. siyes weih. dh jumpamcm2 org. depan puji, belakang dengki plus kutuk blkg. haih. susah kan nk carik sbnr? ;)

naya said...

damn true ;)

linahasnan said...

salah soram nyer kwn ko yg baik hati sci dan murni adalah haku....itew pun kalo org xkaco haku lah an....hikhikhik...*bengsbengs tembak ko....*