Friday, September 19, 2008

Lakiku yang sinis.

Sejak mengandung dah 6 bulan ni,aku selalu belek-belek perut aku depan cermin tanpa memakai baju.(sila jangan bayangkan.) Aku rasa diri aku agak seksi dengan bentuk badan sebegini rupa.Perut kedepan dan montot kebelakang.Auwww!

Satu hari,sedang aku berangan-rangan sambil menggosok perut di depan cermin,laki aku datang menerjah aku.

"Umphh,badan kau macam kanggaroo owh"

Aku gelak.Pastu laki aku suruh aku depankan kedua belah tangan dan benggokkan pergelangan tangan kebawah(cuba lah try).

Pastu dia pulak gelak.

"Haa tengok!Sebijik macam kanggaroo"

Sama-sama gelak.

Aku pandang cermin,senyum dan tidak sepatah pun menafikan.
Kerana itulah kebenarannya.
Aku seorang kanggaroo..

Beberapa hari kemudian,ketika aku sedang berdiri depan cermin berangan sambil menggosok perut lagi,time tu laki aku tengah golek-golek atas tilam.

Dia pandang je aku.Pastu terpacul sepatah ayat lagi dari mulut dia.
Sebelum tu dia gelak dulu.

"Badan kau macam liquid paper owhhh"

Aku gelak la,apa lagi.

"Liquid paper Papermate yang macam pen pastu tekan-tekan perut dia"

Sekarang,diriku adalah seorang liquid paper.Start hari tu,kalau sms dengan laki aku akan diakhiri dengan 'bubye liquid paper'.








Tuesday, September 16, 2008

It's a BOY!


Saat yang ditunggu-tunggu dah tiba.Semalam laki aku bawa aku scan 3D di Kelana Jaya-nak tengok baby's sex sekaligus tengok muka baby untuk kali pertama.

Yang scan perut aku bukan doctor.Dia student yang dah grad kat kolej tu.Oh lupa bagitau,tempat tu bukanlah sebuah klinik atau hospital,ia adalah sebuah kolej perubatan.

Perempuan bangsa cina,muda,pakai spek bingkai hitam,rambut panjang.Macam biasa,aku baring,bukak perut.Dia start scan lepas lumur gel berwarna biru kehijauan kat perut aku.

Tengok baby tengah tidur.

Dia belek-belek lagi perut aku.

"Ni..er, zakar dia." kata student yang dah grad tersebut,dengan bunyi ‘zakar’ diperlahankan.
Muka laki aku bekerut,tak dengar la tu.

"Nonek dia la." aku ulang suara.

"Ahhaa,apa itu..testis.ya,testis." Cina tu angguk-angguk.

"Oooo"

Aku senyum lagi lebar dari laki aku.Rasa macam nak nangis.

"Konfem ke boy?"

"Kalau tak salah,betul la lelaki." Cina tu senyum,betulkan spek mata yang meleret kat hidung.

Mata aku melekat kat skrin besar depan aku.tengok baby tidur dgn lenanya.satu tangan die tutup sebelah muka.Sama ada dia buat2 kiut atau dia pemalu.Bilik scan tu besar,ada banyak partition,maybe lebih dari 10.Alat scan dia moden.memangla moden,dah kata 3D,ada pulak 3D olskool.

Cina tu tekan2 butang lagi,tengok muka baby pulak.Tengah belek-belek muka dia,dia terjaga.Pastu dia golek-golek besenang lenang dalam rahim aku.

"Eh,tgk tu.dia gelak." Cina tu excited.

Aku dgn laki aku lagilah excited.Memang betul,baby aku tengah gelak.mulut die tebuka, gelak beria kot.Pastu baby senyum-senyum simpul.Cina tu snap gamba dia gelak.Aku rasa nak nangis lagi.

"Dia suka mummy dgn daddy tgk dia."

Puas hati aku.Dapat tgk muka baby aku for the very first time.
Lama jugak dia scan aku,dekat setengah jam.kejap telentang,kejap ngiring ke kiri,kejap ngiring ke kanan.Puas hati!
Sekarang baru aku tau kenapa aku rasa baby sepak kiri kanan.Rupanya satu kaki dia,satu tangan dia garu kepala sambil gelak sorang-sorang.haha.



Friday, September 12, 2008

atas ke bawah sikit?

hari tu aku tengok cerita hindustan.dulu aku memang berhantu tengok hindustan.sekarang dah jarang.tapi hari tu aku tengok,tapi sikit-sikit je.

ada seorang isteri tengah masak.dia baru kawin dengan laki dia.pastu kakak ipar dia datang.
perbualan dia lebih kurang camni.

"pandai ko masak ye."ujar si kakak ipar.

"boleh la sikit-sikit."

"macam terer je tu."(yang ni aku tambah sebab kalau tak sikit sangat dialog dia)

"nenek saya kata kalau nak pikat hati suami dari perut dia." senyum.

"yeke?nenek saya kata bawah sikit dari perut."

gelak,gelak dan gelak.

suke ah?

Thursday, September 11, 2008

haiiiiiyahhhhh~

Agaknya begitulah bunyi baby aku bila dia menendang dinding perutku.

"HAIIIIIYAHHHHH~"

semalam,dari pagi sampai malam dia asyik menendang.kuat pulak tu.kejap belah kiri,belah kanan,depan.nasib baik belakang xde.kadang2 belah kiri dan kanan serentak.cuba bayangkan aksi dia camane?dah macam aksi Jean Claude Van Damme tahan kaki kat kiri kanan pintu kan?aktif gila budak tecik niiii!

hari ni baby dah 26wks 6days.after 28wks nanti nak pegi scan tengok nonek dia.haha.

mummy can't wait to see you darling!

*WATTCHAA perut mummy belah kanan.ngahahahaha.

Tuesday, September 2, 2008

my precious-precious MOMO.

Ia bukanlah tajuk sebuah stereng kereta yang diimport dari Jepun.Ia adalah seekor kucing,dilahirkan dengan 2 beradik lain tapi semuanya mati dari kecil taktau apa punca.hanya seekor yang survive.jantan.aku bagi nama-MOMO.dari kecil momo memang kiut.mata bulat redup,misai panjang,muncung kecik,telinga besar,bulu putih oren-kaler wajib bagi kucing2 di rumah aku.

Sejak dari kecil,badan momo kuat menggigil.kami sekeluarga tunggu je time momo pandai bejalan,nak main kejar lidi ikat dgn plastik.dari sehari ke sehari,sebulan ke sebulan,momo tak pandai2 jugak nak bejalan.kucing2 lain yang sebaya momo sume dah pandai catwalk,panjat pokok jiran,main galah panjang tapi momo tidak.momo jalan mengesot2,mengigil2.selangkah dua momo akan jatuh dan bangun balik dan jatuh balik.kalau duduk pun,kepala momo menggigil dan menggeletar.dia boleh lari jugak,tapi mesti akan jatuh.kesian tengok dia,kadang2 ambik masa nak bangun balik.tapi dia tetap akan bangun.never give up.disebabkan itu,kami sekeluarga sangat2 sayangkan momo.momo sangat special.makan pon takleh makanan yang keras,kena beli yang lembut.momo tak pandai minum sendiri,kene bagi minum pakai jarum injection yg besar tu.tido pun dalam rumah-mak tak bagi dia tido luar.tak macam kucing2 lain,masok umah je,mak teros halau syuhh syuhhh.1st time aku tengok mak betul2 sayangkan kucing.pagi2 cari momo dulu,bagi makan minum,belai,buang taik mata dan telinga momo.mak panggil momo suka2 hati dia je.kadang2 memo,kadang2 amo.semua terikut2 dah.kami bagi momo sepenuh perhatian dan kasih sayang.

Dia suka cakar orang.tangan kami sekeluarga abes calar balar halus,ade yang calar panjang,yang calar dalam,dan juga bedarah dicakar momo.mungkin sebab dia rasa diri dia tak berupaya dan mempunyai sifat self protection yang tinggi.orang nak belai je dia cakar.tapi kami tak kisah.nak jugak belai.kalau dia berak dalam rumah pon mak x marah.time mak basuh tahi2 dia,mak saja2 lah hagah2 dia 'ni sapa punya taik ni?' mak bulat-bulat mata.pastu mak jawab balik sendiri 'taik amo la'. (mewakilkan momo) Momo pandang redup je kat mak,buat muka kesian macam bekata 'sory mak,amo tak tahan.nak kua mak tak bagi :D'
Ada pernah satu kali,momo eksiden dalam rumah.time tu apak je ada.momo telanggar pasu kaca mak yang tinggi.apak kata momo menggelitik sekejap,pastu ok balik.semua lega.camtu pun,lari laju gak.nasib baik kucing ada 9 nyawa.disebabkan kejadian tu,gigi taring momo patah satu.
Kuat makan,badan momo naik gila.gomok,baru 5 bulan umur dia.aku panggil dia 'tayang'(sayang la tu).masa tu aku dah nak dekat-dekat kawen,mak selalu risau "mana nak letak momo ni,nanti ramai orang datang rumah dia takut".memang momo takde kenal orang lain.die kenal apak,mak,aku,nani dan along sahaja.kalau orang lain datang,dia lari jatuh2 dan meyorok belakang sofa.tian tayang.
Satu malam tu,aku nak balik ke rumah sewa kat Taman Melati.aku sempat cium momo dan cakap 'babai tayang',tapi momo tak pandang langsung muka aku.badmood kot.sampai je rumah sewa,aku relax2 kejap,x lama tu dapat msg dari along. 'ngah.momo dah mati'. terhenti napas aku sekejap.aku ingat along bergurau,terus aku call along.along tak tipu,betul la-momo dah mati.time tu along sorang dekat rumah.apak dan mak hantar nani balik poli.along kat atas,dengar momo batuk kuat.turun bawah momo dah tebaring,nyawa2 ikan.dah tak sempat buat apa.aku meraung malam tu.aku call mak,mak pun tengah meraung.malam tu aku xleh tidur.mata aku bengkak keesokan harinya.bila cerita kat akak opis,dorang macam nak gelak,tapi control.mata bengkak2 ingatkan nangis sebab ape,sebab kucing mati rupanya.yela,orang yang tak sayang kucing takkan paham perasaan ni.sangat2 sedih.
Lebih kurang seminggu lagi aku nak kawen masa tu.mak kata,mungkin dia taknak orang risau nanti bila aku kawen nak letak dia kat mana.mungkin dia taknak menyusahkan orang lagi.
kami langsung tak kisah momo :(
Aku sedapkan hati,nanti kat syurga kita akan jumpa balik kucing2 yang kita sayang.dah banyak kucing yang aku sayang mati.Milo,T-Bone,Demok dll.tapi momo yang paling buat hati aku tesiat2.dan sampai sekarang aku masih rindukan momo.
Aku tak dapat tgk apak tanam momo malam tu.minggu depannya,bila aku balik rumah,terus pergi kat kubur momo-dekat laman belakang rumah.aku menangis lagi.


gambar 1st dengan momo.pagi2 mak selalu hantar dia kat bilik,kejut aku dan nani bangun tido.
momo pandai posing.tayang amo!




momo dah gemok gile,kua makan.time ni tengah sebok2 buat hantaran kawen.momo pon nak sebok golek-golekjugak.



momo dah besa sket.lek lek sak kok kat laman umah.


gamba porno momo.


suka gile makan coklat.sampai jari2 aku kene gigit.



gambar last.time ni katil pengantin baru sampai.momo sempat golek2 atas katil,for the last time.

ailebiu momo.nanti kita jumpa disana :)



apabila semua gambar diambil di dalam kereta.

maknanye itu adalah kereta baru,dengan spek mata itam besa drp muke sendiri dan bibir yg sengaja dimuncungkan dan mata dibulatkan.
wahkahkahkah.
kesian.

25th Bday.

26th August- aku telah disepraiskan setelah pulang dr keje.memang dah plan dgn laki aku 'mlm ni nak kep baskin robbin,satu slice pon jadik ah.ngidam ni.dah terase kat tekak' (ayat pancing agar si suami bersetuju).tup tup blk umah je,akak ipar aku bwat seprais die.laki pon blk awal.ape lagi,upacara potong kep ahh!yahuuu.

BEST!yang atas dalam kon tu ade 6 perisa.aku bantai makan 2 kon.yummy yummy,rase macam nak lagiiii.hihihi.



laki aku x saba2 nak potong kep.bday aku ke bday die ke?ailebiu gem.