Tuesday, September 16, 2008

It's a BOY!


Saat yang ditunggu-tunggu dah tiba.Semalam laki aku bawa aku scan 3D di Kelana Jaya-nak tengok baby's sex sekaligus tengok muka baby untuk kali pertama.

Yang scan perut aku bukan doctor.Dia student yang dah grad kat kolej tu.Oh lupa bagitau,tempat tu bukanlah sebuah klinik atau hospital,ia adalah sebuah kolej perubatan.

Perempuan bangsa cina,muda,pakai spek bingkai hitam,rambut panjang.Macam biasa,aku baring,bukak perut.Dia start scan lepas lumur gel berwarna biru kehijauan kat perut aku.

Tengok baby tengah tidur.

Dia belek-belek lagi perut aku.

"Ni..er, zakar dia." kata student yang dah grad tersebut,dengan bunyi ‘zakar’ diperlahankan.
Muka laki aku bekerut,tak dengar la tu.

"Nonek dia la." aku ulang suara.

"Ahhaa,apa itu..testis.ya,testis." Cina tu angguk-angguk.

"Oooo"

Aku senyum lagi lebar dari laki aku.Rasa macam nak nangis.

"Konfem ke boy?"

"Kalau tak salah,betul la lelaki." Cina tu senyum,betulkan spek mata yang meleret kat hidung.

Mata aku melekat kat skrin besar depan aku.tengok baby tidur dgn lenanya.satu tangan die tutup sebelah muka.Sama ada dia buat2 kiut atau dia pemalu.Bilik scan tu besar,ada banyak partition,maybe lebih dari 10.Alat scan dia moden.memangla moden,dah kata 3D,ada pulak 3D olskool.

Cina tu tekan2 butang lagi,tengok muka baby pulak.Tengah belek-belek muka dia,dia terjaga.Pastu dia golek-golek besenang lenang dalam rahim aku.

"Eh,tgk tu.dia gelak." Cina tu excited.

Aku dgn laki aku lagilah excited.Memang betul,baby aku tengah gelak.mulut die tebuka, gelak beria kot.Pastu baby senyum-senyum simpul.Cina tu snap gamba dia gelak.Aku rasa nak nangis lagi.

"Dia suka mummy dgn daddy tgk dia."

Puas hati aku.Dapat tgk muka baby aku for the very first time.
Lama jugak dia scan aku,dekat setengah jam.kejap telentang,kejap ngiring ke kiri,kejap ngiring ke kanan.Puas hati!
Sekarang baru aku tau kenapa aku rasa baby sepak kiri kanan.Rupanya satu kaki dia,satu tangan dia garu kepala sambil gelak sorang-sorang.haha.



1 comment:

^yana^ said...

yuhuuuu... congrate2... dapat baby boy.. semoga semuanya selamat.. n xlama lagi dah nak bergelar mummy dah.. leklok jaga..

dah jadi pokcik la si bard nanti... hahah.. tp dia yg terlebih excited bila dapat tau k.ngah dpt babyboy!!! mcm dia plak yg nak jadi bapak!! ish2.. memacam la budok tuh.. huhuh..

for k.ngah n wan.. congrate ya.. to be mummy n daddy xlama dah lagi...