Sejak mengandung dah 6 bulan ni,aku selalu belek-belek perut aku depan cermin tanpa memakai baju.(sila jangan bayangkan.) Aku rasa diri aku agak seksi dengan bentuk badan sebegini rupa.Perut kedepan dan montot kebelakang.Auwww!
Satu hari,sedang aku berangan-rangan sambil menggosok perut di depan cermin,laki aku datang menerjah aku.
"Umphh,badan kau macam kanggaroo owh"
Aku gelak.Pastu laki aku suruh aku depankan kedua belah tangan dan benggokkan pergelangan tangan kebawah(cuba lah try).
Pastu dia pulak gelak.
"Haa tengok!Sebijik macam kanggaroo"
Sama-sama gelak.
Aku pandang cermin,senyum dan tidak sepatah pun menafikan.
Kerana itulah kebenarannya.
Aku seorang kanggaroo..
Beberapa hari kemudian,ketika aku sedang berdiri depan cermin berangan sambil menggosok perut lagi,time tu laki aku tengah golek-golek atas tilam.
Dia pandang je aku.Pastu terpacul sepatah ayat lagi dari mulut dia.
Sebelum tu dia gelak dulu.
"Badan kau macam liquid paper owhhh"
Aku gelak la,apa lagi.
"Liquid paper Papermate yang macam pen pastu tekan-tekan perut dia"
Sekarang,diriku adalah seorang liquid paper.Start hari tu,kalau sms dengan laki aku akan diakhiri dengan 'bubye liquid paper'.
Friday, September 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
kilometrico ke papermate?
papermate :|
wah...
happynya...
dah siapkan nama ke tuk anak??
nama dah siap!
tunggu beliau kua je ni.
:-w
lucu skali laki mu .aku pun preggy 6 bulan gak.bentuk bdn cam liquidpaper gak,gagagag!
Post a Comment