Wednesday, December 30, 2009
Mrs. Bean.
6.18 am - Alarm bunyi. Snooze.
6.24 am - Alarm bunyi. Matikan tros.
7.02 am - Tersedar secara semulajadi dan melompat masok bilik air.
7.10 am - Abes mandi. Siap pakai baju. Mekap nipis.
7.17 am - Start kete,vrooomm ke opis.
7.22 am - Sampai parking. Parking laju-laju.
7.23 am - Kua kete, bayar parking.
7.25 am - Lari-lari anak. Naik lif.
7.27 am - Lari-lari anak. Punch card.
Selamat tak merah uolls!
Moral : Alarm bunyi tros bangun. Tak payah nak snooze alarm sangat.
Tuesday, December 29, 2009
PERCUSSION / tepukan mengeluarkan kahak bayi.
Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.
Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.
Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.
Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.
Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.Pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.
Monday, December 28, 2009
Thursday, December 24, 2009
Malam Jemaat.
Tuesday, December 22, 2009
Bawah pengaruh dadah.
Time makan ubat, aku makan ubat. Sebab memang takleh blah dah. Hingus kuar macam air terjun dan kepala rasa macam ada oarng duduk diatasnya.
Lepas makan ubat selsema,tahu-tahu je lah,mata memang takleh angkat dah. dah seret-seret mata aku. Tapi aku lawan jugak,terus buat keja dengan mata seret ni.
Dan aku decide untuk masuk tidur di surau belakang apabila aku nak taip Thailand jadi Tahiland.
Ok bye.
Thursday, December 17, 2009
Juno.
Tuesday, December 15, 2009
Featured.chewah!
Jadi sekali lagi aku tegaskan, aku tempah di sini.
Makaseyyy!
Sunday, December 13, 2009
Buffday!
Saturday, December 12, 2009
One year.
Friday, December 11, 2009
Thursday, December 10, 2009
Sekali lagi.
(hari tu dak kena block,pastu unblock,pastu block balik)
Makaseyyy!
*sambung buat SKT.
Tuesday, December 1, 2009
Rumih Idamin.
*laman sikit ke camni?
Dapur pulak, nak ada macam bar gitew. Letak kerusi tinggi-tinggi. Pagi-pagi Rayyan bangun tido boleh terus served kokokrunch & frenchtoast kat dia,dan adik-adik dia la. Yang pasti,nak ada oven. Yang besar punya. Nak bake roti dan kek pada hujung minggu. Kembali pada hobi asal. Wahh.
*Oven besaq!
*abaikan babi tersebut.
Bilik aku? Mestila tema glamorous. Over sket takpe, untuk keselesaan aku laki bini juge. Katil bulat, colourfull. Yang penting bling bling gitew. Kalu boleh nak ada walk-in wardrobe mirip Mariah Carey. Peh.
Bilik Rayyan yang paling tak sabar aku nak deco. Pasti over even ruang kecil. Biar dorang selesa adik beradik tido kat situ. Ruang bermain turut ada.
In 10 years time.Insya Allah.
Wednesday, November 25, 2009
Thursday, November 19, 2009
Hanjeng!
Ni nak rasmikan label baru ni; Blog to read.
Maksudnya blog yang aku temui dan aku rasa interesting dan korang juga patut baca.Blog pertama yang aku canangkan adalah meriahuoll. Aku temui kat google masa search Nurul Shukor. Aku mengekek-ngekek geli hati dan terus sms mak aku suruh dia baca. Akak ni kelakar lah!
Hahahaha,maleh nak cite banyak uoll baca lah sendiri.
Hanjenggg!
Wednesday, November 18, 2009
Juruhebah peribadiku.
"Ada orang komen Jasmin Hamid pakai bulu mata palsu 3 tingkat,rambut perang dalam drama aritu.dalam BH" 9:06 am
"Pasal budak yang kena tembak tu nak tubuh suruhanjaya khas untuk siasat" 9:24 am
"Beli nasik lauk ikan dengan terung 7 hengget.Gila" 12.23 pm
Ibu,ibu :D
Monday, November 16, 2009
The Time Traveler's Wife.
Memang feeling abes la movie ni,lagi2 saudara kembar aku,Rachel McAdam jadi heroin. Tengok kat KLCC dengan BFF lak tu.Memang aku sepatutnya sangat2 berpuas hati la. tapi disebabkan ada penglipurlara dok sebelah aku,aku rasa tertekan gila la.kalau aku maki kang kata aku tak kool pulak.memang *^%$#*&(&*% la budak sebelah aku ni. Mulut macam sialan tak reti dok diam dalam panggung.dah la gelak sembur2 sial! Mengganggu konsentrasi aku gila babi. nak lempang rasa macam tak wajar pulak sebab konfem2 aku yang kena halau panggung.
Tapi Rachel memang best :)
Dan aku akan beli DVD ori movie ni,untuk tontonan yang lebih aman tanpa budak sekolah yang kumpul duit belanja sekolah rm2 sehari untuk menonton wayang hujung minggu memekak sebelah telinga mengganggu.
Bye.
Tuesday, October 20, 2009
Rasuah suami.
Dia kata sempena buffday.Hapenye,dah lama lepas.Anniversary?Lambat lagi.
Jadi dia gelar pemberian ini sebagai rasuah saja.Aku terima rasuah ini dengan hati yang gumbira.
I won..again!
Tuesday, October 13, 2009
*smiling
Tuesday, October 6, 2009
Jerat Si Gerard.
Silalah tonton PS: I Love U, Butterfly on a Wheel, 300, The Ugly Truth dan Gamer.
Lihat tepat ke anak mata beliau.
Oh pengsan aku dibuatnya!
Monday, October 5, 2009
Sunday, October 4, 2009
Lots of loads.
*and i adore Haley Joel masa dia kecik