Thursday, August 27, 2009

Oh,26th!



My first buffday as a mummy and first buffday on fasting month.I text my mum "Terima kasih kerana bersusah payah melahirkan kakngah 26 tahun yang lalu.Kini aku sudah faham"

And the gift from my laki,i really loved it.Thanx,laki.



Tuesday, August 25, 2009

hushush.

Semalam,bawak Rayyan pegi audiology Hospital Putrajaya,untuk check saraf pendengaran dia.Masa lahir dulu kan TSB kuning dia terlalu tinggi,tu la kena check takut effect.Nurse bagi ubat tidur,dimana Rayyan mengambil masa yang lama jugak untuk lena.lawan mata la tu.Lepas lena atas pangkuan aku,barulah nurse scrub kedua-dua belah belakang telinga dan dahi dia dan lekat apentah macam pelekat tu.terus sambung wayar dan plug masuk dalam telinga dia.sian tengok dia.berkali-kali aku tanya nurse 'tak sakit kan?'.Nurse tu senyum je.'tak sakit puan'.
Hehehehehehe.
Lepas habis je test tu,terus anak aku jaga.tak lut betul dia ubat tidur tu.bawak pulak 2nd appointment kat Paediatric.doc check perkembangan dia,takut effect jugak.tekejut doc tengok gigi dia dah 6 batang,dah boleh pok amai amai dan menari apabila papa nyanyi 'ajikiring'.haha.

Oh,lupa pulak,berat dia 9.99kgs.kira halal la 10 kilo terus :D


*Love love love.


Thursday, August 20, 2009

deep pink.

I'm not a big fan of pink,but i really really want this!baru nak purchase on9 dah sold out.dah la import dari korea :(



Wednesday, August 19, 2009

Sebelum atau selepas?

Hari tu pemandu teksi yang aku chatered hari-hari hantar aku balik keje bertanya satu soalan yang buat aku terdiam dan berfikir sebentar..

"Kak,akak rasa sebelum kawen atau selepas kawen lagi senang?"

Laju je fikiran aku membandingkan kehidupan aku sebelum dan selepas kawen,even aku dah tau jawapannya. Sebelum kawen,aku rasa hidup aku macam serabut gila.kusut.sana masalah,sini masalah.gado jangan cite la,selagi ada orang sume nak gado je.dalam sebulan sebelum kawen,dah rasa perubahan hidup.rezeki tu macam-macam datang.dapat keje tetap dan beli kereta sendiri. orang cakap 'rezeki nak kawen'. lepas sebulan kawen dan disahkan positif mengandung, lagi seronok gila! Lagi banyak rezeki melimpah ruah.Orang kata 'rezeki anak' pulak.Dan sekarang, lepas ada anak,hidup semakin bermakna.

Jadi,kepada budak teksi itu aku jawab "Lepas kawen.konfem.akak kunci lirik ni."

Wednesday, August 12, 2009

Tuesday, August 11, 2009

When your mom read your blog.

Mak : Kakngah,apa blog nani?
Aku : Kan hari tu dah bagitau?
Mak : Kawan mak pakai PC,dia dah delete semua.
Aku : Laa,amek ni.. www.E.V.E.R..
Mak : Jap,jap amek pen.
Aku : Haiyo.

Di suatu hari yang lain.

Aku : Mak baca blog kakngah tak?
Mak : Tak.
Aku : Nasib baik ;p

MomBloggersPlanet Cutest Baby with TOYS Contest

Ini first time masukkan Rayyan dalam baby contest.saje suka-suka la ni,kalau menang Alhamdulillah :D

Baby's name : Muhammad Rayyan Azariq
D.O.B : 13th December 2008
Sejak Rayyan belum lahir lagi memang aku dah tak sabar nak belikan dia mainan.kalau shopping dgn laki,mesti stop tempat mainan dan laki mesti berkata 'belum boleh lagiiii'. heheheheheh.bukan aku je,Uwan Rayyan pun excited belikan mainan,dan bantal juge.

Mainan badak bewarna merah ni aku beli kat Ikea.My guess,red would be Rayyan fav,and i was right.Rayyan tak boleh berenggang pun dengan 'Popo'.Popo jadi favourite Rayyan dari mula sampailah sekarang.

Pada pendapat aku,sejak awal kelahiran baby lagi,parent perlu memberi baby mainan yang berwarna terang seperti merah,oren dan kuning untuk merangsang penglihatan baby.mainan juga sepatutnya selamat untuk baby,lembut,boleh digigit,tidak menyakitkan,boleh dipegang oleh tangan baby yang kecik tu dan takde small part yang membahayakan baby.Parent sepatutnya sangat berhati-hati semasa memilih mainan untuk baby.selain untuk keseronokan baby,boleh juga pilih mainan untuk merangsang minda baby,yang ada bunyi,boleh susun-susun,rattle dan lain-lain.

So far,mainan Rayyan dan penuh sebakul kecil termasuklah cloth book,untuk memancing minat Rayyan membaca.

*bergembira bersama Popo.

*makan telinga Popo

*ralit membelek Popo kesayangan.



*sampai stim mata gigit Popo


*Popo everywhere :)


U can join this contest here and the closing date is 15th August 2009.
The prizes are courtesy of PhotobookMalaysia and AliceWonders.
Good luck!


Friday, August 7, 2009

Doa ketika terjadinya penyakit menular.

"Aku membenteng diri dengan nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakal kepada Tuhan yang hidup dan yang tidak mati selama-lamanya. Semoga kiranya engkau hindarkan kami ya Allah dari bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap- tiap sesuatu"

Selasa+ Jumaat = Sumaat.

Laki : Awak sedar tak malam tadi,masa takde api tu?
Aku : Sedar gak kejap.
Laki : Panas gila aircond mati kan?Perasan tak saya bangun?
Aku : Bangun buat apa?
Laki : Bukak kipas.

Thursday, August 6, 2009

lesen dan setem.

Semalam,5 Ogos 2009,genap 2 tahun aku berkhidmat dengan kerajaan.tapi tak konfirm lagi ;p harus pegi kursus induksi selama 11 hari dan kursus BTN selama 5 hari baru lulus.gilak apa nak tinggal anak selama itu?dah la aku ibu menyusu.sayang la susu kering sebab pegi kursus.HAIH.

Semalam,5 Ogos 2009,aku lulus test JPJ lesen D.rasa nak lompat-lompat je depan pegawai JPJ tu.baru la rasa lepas separuh daripada beban yang terpendam.aku tau agak lewat aku dapat lesen ni.dulu time muda tak heran nak amek lesen.bawak skuter je kemana-mana mau pegi. easier what?skumpit sana sini.sekarang dah ada anak barulah aku sedar betapa pentingnya ada lesen kete..hahaha.well,i'm doing this for Rayyan :)

Semalam,5 Ogos 2009,aku dengan somi pegi tengok filem Setem.berbaloi-baloi weh!

Memang kami laki bini wajib tonton lakonan Afdlin Shauki ni.tambahan pulak,arahan Kabir Bhatia.barisan pelakon semua mantap.takyah tengok berdasarkan aksi yang merbahaya,tengok mimik muka dah mencukupi.dan tolong laaa,cair gila aku tengok si Bront ni.takpela,dia belakon jahat pon aku suka dia.takpe la muka macam bangla pon,aku suka dia jugak.time dia acu dua pistol kat polis tu,haiyo mak aihhh lah.geram!



Tuesday, August 4, 2009

in case i die?

ntah asal ntah,arini aku rindu sume orang.
my laki,my baby rayyan which i missed him every second,famili of cos,mak apak, kawan-kawan, dan sume orang,kecuali jiran-jiran lah.dan aku sms separuh drp mereka bertanya kabar.

pastu,kat mukasurat belakang notebook aku tulis sume password aku.
facebook,blogger,friendster,myspace,yahoo mail,maybank2u (pasni kene sorok notebook tu)

then i suddenly wonder 'wadehel is wrong with me?buang habitat ke hape?'

well,no one knows kan?
sejak H1N1 melanda ni,we just don't know who's gonna be next.maybe me,maybe you,maybe the person next to you.even bukan H1N1 pon kan,there's a lot more reason for u to die kan, anywhere anytime,without any warning.

so,just in case lah,pls pls pls take gewd care of my son :)
only God knows how much i love him.

*and i know after few days i'll be laughing out loud about this ;p
.