Tuesday, February 9, 2010

Supermom.


Untuk pertama kalinya aku berjaya memandu berduaan bersama Rayyan tanpa ditemani sesiapa! Sebelum ni sememangnya memerlukan bantuan ibuku, adikku, abangku, kakak iparku atau sesiapa saja yang perlu sebab budap kecip ni takkan duduk diam dalam car seat dia. Kalau orang pegang lagi dia menggelintin. Kali ni aku kering je, memandu dari Taman Melati sampai Pandan (macam jauh sangat je) dalam hujan yang sangat sangat sanggggat lebbbattt sekali.

Bangga dowh.

Persediaan sebelum perjalanan? Sebiji bola, sebiji balloon, sebotol susu, sekeping biskut dan 2 barang rare yang dia tak pernah nampak, serta spek hitam aku sebagai barang spare sekiranya semua bahan-bahan tersebut habis atau tercampak jauh. Pastikan semua barang-barang tersebut mudah dicapai. Sepanjang perjalanan pula, nyanyilah lagu yang rancak dan jangan lupa sertakan mimik muka lucu anda juga. Abaikan pemandu lain yang memerhati.Insya Allah anda akan berjaya.

Lepas ni aku akan cuba perjalanan yang lebih jauh. Rayyan dan besar pun. Hensen dah anak mama. Bila nak kawem dengan Suri ni..




2 comments:

Anonymous said...

supermom superhebat bersama superrayyan :))

akiss. said...

caiyok caiyok. mencabar ekceli drive ngan baby, takut terlepas pndg kan. heheh.

err, suri xleh kawen ngan layen lg, die bz blaja dancing-dancing. ahaha