Thursday, March 31, 2011

Kisah seorang akak yang tamak.

Yo guys. You guys alright? Well I'm not. I'm bloated in the same time pissed off. Begini kisahnya..

Classmate aku bagi aku 2 helai kupon McDonald's dimana setiap pembelian RM5 anda akan dapat 2 big breakfast percuma. Banyak untung. Aku takdelah macam, "OMG OMG nak pergi McDonald's sekarangggg OMGGG!!". Takdelah sampai camtu, cuma macam "Oh ini kalau tak pergi akan rugi di situ" *sambil jeling kupon tersebut.

McDonald's paling hampir dgn ofis aku adalah McDonald's Desa Pandan. So, this morning, disebabkan last day kupon expired, aku ajak laki aku meluangkan masa ke McDonald's. So, 1030am kami sampai. Aku hampir pengsan tengok manusia punya ramai beratur sampai ke luar pintu. Mak ai. Tapi laki aku suruh queue jugak. Jadi aku queue sebab laki aku memang pesen malas nak berdiri lama sebab dia gemok.

Jam lagi 15 minit nak 11am. Semua maklum kan 11am McDonald's dah tukar regular menu. Padahal semua manusia dok pegang nak redeem kupon ni. Keadaan menjadi tegang la sket kan. Tapi aku dah standby bbm dengan laki aku, kalau tak sempat bfast menu, kami nak order regular menu saje. Jadi, aku pasrah je la. Kalau sempat, dapat. Tak sempat takpe.

So, tengah-tengah dalam berdebar sumorang takut tak sempat redeem kupon ni, tetiba ada sorang akak ni selit selang sorang depan aku. Anak dia dah beratur kat situ, but practically dia masih memotong sebab dari mula aku beratur aku tak nampak dia kat situ. So, aku jeling-jeling je lah dia. Kat twitter aku dah memaki dah. Tapi aku muka relax lah lagi ni.

Sampai turn dia dah tinggal 5 minit lagi sebelum regular menu, korang tau berapa banyak kupon die redeem? LIMA okay? 5 kupon makes TEN freaking big breakfast. Bayangkan muka pantat budak kaunter tu camane? HAHAHAHA. Muka aku korang takyah bayangkan okay.

Pastu ni dah curik masa aku jugak la ni kan. So aku jeling-jeling lah lagi muka akak tu. Dia perasan lah kot aku dok jeling dia dari tadi jadi dia pon cakap "Kalau tak sempat tu nasib lah kan" sambil jeling aku. Akak, u're so funny and fat and greedy. Bad example to your son standing right next to u. Kau potong line aku pastu nak bikin panas.

Sampai turn aku kat kaunter dah tepat 11pm tapi masih sempat lah guna kupon tu. So, okay. I redeem ONE kupon, enuff for me and my husband. Akak tu masih kat sebelah aku sebab tengah tunggu SEPULUH big breakfast dia tu. Pastu dia boleh sound lagi "Kalau tak sempat, kau boleh je order burger ke pape ke kan". Aku pandang tepat muka dia "Huh, tamak" pastu aku pandang belah sana. Aku tak larat nak pandang muka orang-yang-dah-rasa-bersalah-sebab-memotong-Q-dan-tamak-order-banyak-serta-menyusahkan-orang-pastu-banyak-bunyi tu.

Aku ingat sampai situ je, sekali akak gemok tu sound lagi "Kau takde anak kau taktau lah orang anak ramai camane". HAHAHAHHA itu aku rasa happy sket sebab, well i maybe look like anak dara kot sebab dia cakap aku takde anak lagi. Aku baru nak pandang balik nak cakap "PUKKK- " dia dah berlalu pergi sambil mulut cibai dia berkata"kecoh lah kau minah" dan kedua belah tangan bawak 10 big breakfast dia tu. What an example that fat greedy lady shows to her son? Aku berdiri sambil macam terkelu sebab dalam otak aku dok laju pikir takkan aku nak sound balik sebab dia dah jauh? Takkan aku nak kejar? Sambil aku compare, kalau aku maki dia balik, mana maruah aku? Sumorang mesti pandang aku sebab aku yang still kat situ, dia dah angkat kaki blah dah an? So, aku just tengok dia pergi dengan hujung mata dan hati panas.

Here's the situation. Aku rasa kat sini, hanya ahli keluarga je lah yang tau betapa sebenarnya aku ni seorang yang sangat rude gila kalau mengamuk. Aku taknak la cite kat sini nanti malulah aku kan. So, dalam situation tadi, memang terang-terang akak tu yang salah. First, dia potong line di saat-saat tegang. Kedua, dia selfish tak fikir orang dan tamak. Ketiga, dia kurang hajar plak tetiba nak sound gua. Akak tu pakai tudung, pakai jubah uolls. Acane tu? Dia sorang je ada anak ke? Acane?

Another stupid in this situation is the McDonalds itself. Korang tau tak sebenarnya aku penah keje kat McDonald's selama 2 tahun? Kaunter, drive thru runner, order taker, lobby, kitchen, sume aku pernah handle. And aku pernah dapat first award McRocky (untuk petugas kaunter yang paling laju serve orang katenya). Dan kat store McDonald's yang aku keje tu, aku perempuan pertama yang jadi PC. (ketua yang handle kitchen). Semua jenis burger McDonald's aku penah bwat. Apa burger yang melayu, cina, india suka makan aku tau. Big breakfast yang akak tu jakun sangat nak bagi 10 orang anak dia makan tu, dari tahun 2000 aku dah hadap masa training kat McDonald's Titiwangsa dulu. Cakap je dgn sape aku tak pernah gadoh kat McDonald's dulu. Dgn crew, dgn customer, malah dengan manager sendiri aku penah gadoh. So, muka pantat budak kaunter pagi tadi tu aku faham sangat sebab aku penah jaga drive thru masa peak hour for 10 hours alone, non-stop (supposed to be 2 ppl handling drive thru tidak termasuk order taker) Sampai aku dah lembik berlari, merayu nak balik kat manager pastu manager merayu balik kat aku suruh stay sebab takde orang nak ganti. Huhh.

Aku bukan nak bragging aku ni best gila sebab keje McDonald's, tak lah. Aku cuma nak cakap McDonald's tu bodoh sebab tak bwat persediaan. rm5 purchase pastu dapat 2 big breakfast free? Sapa taknak? So, kau kene expect a lot customer especially on the freaking last day specifically last hour la kan? So, McDonald, what u have to do is standby la crew yang cukup. Tu pun nak kene ajar ke bodoh? Demand is high, f*cker. Stupid moron kau ni. Ni scramble egg pon tak cukup masak. Kaunter bukak dua je, customer dah melimpah-limpah ke luar pintu. Fork and knife pon tak stock up sampai kena makan dgn sudu eskrem. Jadahnya. Tak kira lagi berapa puluh ribu kerugian kau disebabkan kupon ni. Ini kebodohan yang outstanding. Tahniah McDonald's.

And one more thing, sistem beratur McDonald's yang baru ni really pissed me off lah. Budak kaunter amek order, amek payment, kuar tray, tolak sebelah. Pastu budak kaunter ni amek next customer plak. Yang order first customer ni, ada orang lain plak attend. Yang org lain ni kalau laju serve takpelah, ni tehegeh-hegeh macam penagih. In the end, kau dapat makanan kau sama lama dengan next customer tadi. Apa bodoh sistem beratur kau ni McDonald's? Tamak sial kau ni. Attend customer habes sorang-sorang takleh ke? Pastu masa yang tegang orang berkejar nak redeem kupon sebelum 11am tadi takde plak kau guna sistem kau tadi?

Inilah masanya aku nak sembur semua makian yang ada dalam dunia.

We as a customer hv the right to complain , aren't we? So, kalau tak puas hati, complain lah. Kalau customer lain ajak gadoh, look at yourself first. If u are a mother, just STFU and let it go. Jangan bwat maruah kau jatuh depan orang ramai. If u're a teenager, u better fight back like i always did. Baling air ke, burger ke, sos ke. Sebab akak gemok dan tamak dan selfish macam tadi tu, she actually deserved a good damn curse.

Damn, I'm really good at complaining. Look how much I've typed inna half an hour. That's it lah kawan-kawan. Jangan terasa ye kalau terkena. Adios!


Tuesday, March 29, 2011

Rayyan first trip to the barber.

He's cool. He's cute. He's mine :D




Mohawk yo!


I am still me.

Ya, aku dah kurang bunyik kat Facebook dan blog. Tapi, masih lagi berbunyi jugak. Nak tengok aku banyak bunyi? Sila ke twitter.com/eleanakamal. Aku berkicau hampir setiap minit di sana. Keluhan, sungutan, makian, ketidakpuasanhati, gurauan, luahan segala, ada di sana.

Life? Fine. Still holding on. Sometimes feels like losing track and i figured out whats make me strong are family and friends. Eh, memang untung ada anak macam Rayyan. His smile could brighten up your day. Suddenly u feels like rainbow coming out of nowhere in your gloomy day. He is the best thing happen to me. I couldn't ask for more. Well, i want a couple of kids more, yet Rayyan is the best.

Dan, sangat rugilah siapa tak berkawan baik dengan Hariyani Muspat. Dia kawan terbaik walaupun dia mandi lama dan aku masih tak faham kenapa. Dia tau bila aku sedih, dia ada kat situ walaupun aku tak mintak. Dia faham segala situasi aku walaupun dia tak berada di situasi tu. Terima kasih, kawan. Kalau boleh kau beranak nanti aku nak sambut anak kau tapi apakan daya masa tu aku tengah final exam. Mungkin anak kedua. Atau kita berbesan saje lah nanti.

Speaking of which, my final exam is just around the corner. 2 paper on April, another 2 on May. Sekelip mata je tu. So, kena study habis-habisan. Kena fokus. Sebab kadang-kadang terasa gak bengap dalam kelas bila lecturer ajar aku ternganga. Kena kejar abes-abes. I will. I have to.

And lastly, Iza, somehow this post has raise my spirit almost to the top. It's like an injection without the stinging pain. And somehow, although it just a short paragraph, it brought a bit of tears in the corner of my eyes and a goosebumps too, can u believe that? Thanx Iza!

Good day all of u!


Friday, March 25, 2011

Exercise for flat tummy.

ATTENTION ALL GIRLS: We ALL know that the lower stomach is one of the very hardest places to burn fat and tone.

These are some terrific exercises to do in the morning and at night to burn those hard to tone areas!

Do this every morning when you wake up, and every night before you sleep. I guarantee you’ll see results in a week flat!



Thursday, March 24, 2011

I miss him all the time.


He's a sweetheart.


Friday, March 18, 2011

Cerita Rumah Berhantu Shah Alam.

Haaa sebagai student UiTM Shah Alam, cerita ni tengah hot la nih. Pernah dengar? Taktau lah cite ni betul atau tak, tapi memang gempaq doh cite die. Bacalah kalau bran.

[SOURCE]

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].


Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

  • Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]
  • Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
  • Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.

Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam
[sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan
DVDdekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah. Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.



Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami
cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia room mate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310

Haaa takot?

Dan cubalah baca blog source yang aku link tu, menarik jugak ; BLOG SERIUS.

Malam jumaat lambat lagi kan?



Tuesday, March 15, 2011

Those things.

found this photo on Tumblr. Got excited cos that is my Zara bag! Hehhh :D


nak sneakers ini puleeee! *googling fast.


gonna have this when i buy a house. custom made.


Pet peeve #001

According to Dictionary.com, which is one of my everyday site, pet peeve means a particular andoften continual annoyance; a personal bugbear. Which in Malay, it means 'mende yang hari-hari hangpa dok complain'.

Well, who doesn't? I even have a different pet peeve for a day, for a whole month. Even better, i can make it for the whole year. Too much complain ain't it?

Duduk kat kotaraya KL ni, memang takleh lari lah dari complain benda-benda yang common. Bukan complain pasal life dalam erti kata lain tak bersyukur. Ini complain pasal benda yang orang lain bwat, yang bagi efek menyusahkan dalam hidup kita. Kalau renung dalam-dalam, nampaklah beza dia.

Bercakap tentang pet peeve, meh nak cite pet peeve aku pule (walhal memang entri ni nak cite pet peeve aku pon an). Sebagai pemandu kereta yang tegar kat jalan KL yang jahat ni, tak hairanlah kalau complain aku sume berkisar tentang jalanraya dan pemandu-pemandunya.

Pemandu yang susah sangat nak bagi signal macamlah nak bagi signal kene turun kereta bukak suis kecil kat lampu signal tu ; kau tak pelik ke? it just flicking your finger to give a signal. kenapa yang susah sangat sayang? kereta kau yang besar tu memang keluar takde signal ke camane? negara bodoh mane yang keluarkan kereta kau tu sayang? HAIHHH. aku rase macam aku pulak nak turun lempang korang yang pemalas bagi signal ni. 2 syarat aku bagi kereta masuk depan aku, pertama; bagi signal, kedua; bersedia dan confident nak masuk. kalau kau bagi signal terkelip-kelip tekelip-kelip tapi tehegeh-hegeh teragak-agak nak masuk pon takleh gak. bagi signal, tengok kete, selamat, masuk, jalan laju-laju. takde orang susah nak slow sebab kau slow. abes cite. selamat lalu lintas. takde besepah motosikal tengah jalan kene sauk dgn kete kau, faham? terutama yang kete besar otak kecik tu. apa? apa pandang? #tetiba.

Bwat masa ni, satu jelah dulu pet peeve kang banyak-banyak orang pon menyampah dengan aku. Kbai.



Friday, March 4, 2011

It's all good.

You know it's all good when you wake up in the morning and can still get up. U decided to face the day, even u spend 10-15 minutes wondering why the hell u have to get up this early.

You know it's all good when you still have your loved one around. That smile, hugs and kisses you get after a long tiring day from your son, that could just vanished away all the stress u carry the whole day.

And you,yourself know it's all good when u can still read my entry. This whole week has been crazy week for me. It's mid term week. And my son got sick. I had no enuff sleep. I didn't prepared for any of my papers. It's crazy. But it's all good. It's still good.

And this is a very good photo i found on Tumblr. Just sharing it with u guys :)