Friday, August 13, 2010

Berkenaan tudung.

Aku ni pemakai segala jenis tudung. Selendang belit-belit, tudung empat segi tepat, tudung empat segi sama, syria, tak syria, tudung instant, dan segala jenis fabrik dan juga warna. Semua aku akan cuba.

Mari kita buat perbandingan.

Pada suatu hari selepas solat Zohor di surau, selepas menempek bedak asas dengan kadar nipis dan segera, aku ke cermin untuk memakai selendang belit-belit aku. Sebelah aku, seorang gadis yang sudahpun 5 minit berada di situ, sedang ingin memakai tudung instant beliau.

Jadi siapa patut siap dulu, aku atau dia? Obviously, dia.

TEEEETTT, salah. Aku siap dulu.

Dia tekedek-kedek memakai tudung instant yang sepatutnye tak sampai seminit dah siap, manakala aku membelit selendang dalam masa sepantas kurang satu minit. How is that?

Jadi apa motip pakai tudung instant? Ini bukan pasal aku nak cite yang aku terel pakai selendang laju gila pejam mata pon bole. TIDAK. Aku nak kita sama-sama kaji apa motip tudung instant. Boleh?

Aku bagi contoh, dia masak megi kari segera. Aku masak mee bandung. Kalau aku siap masak dulu, kau rasa ape motip mee segera dibuat? Haaa see my point? Jap, kenapa contoh kena makanan. Benda lain takleh? PUASAAAA.

Papepon, selamat berpuasa! Ngehh!

2 comments:

merahitujambu said...

apa laa yang di buat sampai amil masa lama..haish...memang kena g sekolah betul pasal tudung ni...terer betui akak ni ek..ehehe

naya said...

sama ada tudung instant die salah bwat, atau die mmg lembs :D