Saturday, January 30, 2010

Mari belajar bahasa bayi.


Atau lebih tepat, bahasa Rayyan :)

Sejak Rayyan dah pandai bercakap sket-sket ni, makin seronok kami melayan. Ada perkataan yang laju je dia ikut contoh papa mama, ada yang banyak kali ulang, dan ada yang takde bunyi langsung.

Contoh-contoh bahasa Rayyan yang kita nak belajar hari ni adalah;

Bola = Pom
Nak = Nok
Amboi = Aboi
Atok = Tatok
Kak Wa = Wva Wva
Bird = Bhh bhh
Paklong = Tapom

Learning is fun for us all.

*gambar latest nampak pusat auwww!


Friday, January 29, 2010

New in town.

Did i mention me and my BFF, Yanie launch a new blogshop? (walhal tau dah tak mention kat sini)
Tak eh? Tapi kat FB dah kecoh. Fan pun dah 63 orang. Gila ah.

Hehehehe.

Nama blogshop kami ialah Coin Laundry dan kami sangat teruja sepanjang pembikinan blogshop ini. Kamu-kamu semua sila lah singgah. Hanya klik-klik saja. Tak payah traffic jam untuk shoping. Baju-baju diimport dari Korea. Ada cardigan, tops, skirt. Tak lama lagi Insya Allah ada baju untuk muslimah dll. Dan kami boleh COD kepada anda bagi yang tinggal di kawasan Ampang.

Feel free to visit uolls!




Thursday, January 28, 2010

baru dah jadi baharu dalam kamus dewan.

Pink and grey is the new black and orange. apa aku cakap ni. pengaruh baju-baju cotton on lah ni. ye,aku tukar font colour dan header. not big fan of pink but okay-okay je la kan bila dicombine dengan grey. hot an?

nani,ape ko jelim-jelim?


Kalau aku pakai ni,orang pertama nangis adalah Nani.


apple tablet.to die for katanya.


Tuesday, January 26, 2010

Lahanat tak berintergriti.

Korang tahu apa makna intergriti?

Intergriti tu datang dari hati. Keikhlasan, amanah, berwibawa, bertolak-ansur, jujur. Nilai murni lah pendek kata. Bukan saja dalam pekerjaan tapi dalam segala hal yang kita buat dalam hidup kena ada intergriti. Termasuklah bawak kereta.

Aku penah dengar ceramah seorang orang penting jugak la dalam IIM. Dia cakap kalau diberi kebenaran,dia nak bawak senapang sambil memandu. Dia nak tembak orang yang suka potong queue. Aku sangat sokong dia,malah korang juga mesti angguk setuju laju-laju kan?

Ceritanya begini.

Pagi tadi aku dah lambat pegi keje. Jalan agak jem. Dalam hati,wadehel alang-alang dah lambat kan. So, aku bwat relax aku la. Sampai kat jalan-dua-laluan-menjadi-satu-laluan, aku pun masuk la queue dimana kereta masuk secara bersilang-silang. Aku menanti penuh sabar ni. Sampai turn aku tiba-tiba sampai satu lahanat berkenari merah no plat WMB 55** ni. Dia cucuk-cucuk nak masuk. Aku bwat relax lagi. Aku terus je. Nampak macam dia nak bagi jalan la. Tiba-tiba dia teruss potong line aku. Aku pun HONNNN la panjang sambil memaki " BABI kau kenari!"

Rasa tak macam sial ke baru sampai tiba-tiba terus nak potong queue orang. Tak beretika langsung jantan itu bawak kereta. At least tunggu la satu atau dua kereta yang dah lama tunggu ni lepas dulu. Apa kau lambat pegi keje? Aku ni cepat pulak? Memang lahanat.

Pastu biasa la, kalau kau bengang dengan kereta tu mesti kau rasa nak potong dia kan? Aku pun. Dalam hati, kalau ada senapang best tembak ni. Jadi aku potong lahanat itu, dan aku jeling dia laju-laju. Dia tak pandang pun. Bwat donno je dia. Dia ingat pakai spek itam besar dengan rambut basah baru lepas mandi tu hot la? TIDAK ye. Aku benci perangai orang bawak kereta macam tu.

Pastu bila pk balik no plat dia WMB dan makian aku tadi,memang kena lah.

Wa Memang Babi (tuan punya kereta tu lah ye,yang lain sila jangan terasa)



Friday, January 22, 2010

hot chick.

Michelle Rodriguez.




I love her since Girlfight, SWAT, Blue Crush, Fast and Furious, LOST, and Avatar. Love her even more. She's tough, kick butt yet beauuutiful. and sexay too.
" I think everyone in this world should be happy. Love each other. F*** each other. Love each other. F*** each other"
Haha. Kool bukan?


Wednesday, January 13, 2010

Molot Bocor.

Definisi.
Molot bocor adalah silap cakap. Sama ada seseorang itu nak cakap laju, tidak sengaja, pengaruh rakan sebaya atau memang dia dilahirkan dengan molot bocor. Contoh seperti berikut;



Situasi 1.
Tengah tunggu Putra LRT dengan N. Tren penuh.

Kebocoran.
N: "Hish. Ramai orang la. Bila nak sampai 'ten krosong' ni?"

Pembetulan: Tren kosong.



Situasi 2.
Lepas beli 2 large pop corn, 2 large pepsi dan satu buah hot dog 1901. Ditinggalkan seorang terkial-kial memegang kesemua makanan tersebut tanpa plastik.

Kebocoran.
Y: "Kau tinggalkan aku sorang pegang sume ni? Nah,pegang ni ni ni 'pop dog' ni."
(pop corn + hot dog)

Pembetulan: Pop Corn.



Situasi 3.
Tengah borak-borak dengan suami tentang zaman belajar.

Kebocoran: ".... pastu kan saya 'fell inpain'..."

Pembetulan: Fail Inpen. (Kolej Inpens)



Situasi 4.
Mak aku nak panggil anak aku. Aku selalu panggil Ayan, mak selalu panggil Adik.

Kebocoran : "Meh sini 'Ayik' "
(Adik + Ayan)

Pembetulan: Adik atau Ayan,either one.


Bahahahahaha.
Selepas semua kejadian di atas,proses penggelakkan dan pembahanan akan terjadi. Ia mungkin berlarutan sehingga berminggu-minggu dan bagi sesetengah kes, berbulan-bulan.

Ada lagi 18 ratus contoh, malas nak taip :D


"Okay, everyone, now inhale... and then dehale!"

Aku suka googling around kalau dah takde benda nak browse kat internet. Google itu, google ini. Okay, aku mengaku aku pernah google diri sendiri jugak.

Kadang aku google Jessica Alba, kadang aku google Mini Cooper kuning, kadang Arjun Rampal. Tengok mood la. Tetiba hari ni aku google 'stupid'. Tiba-tiba ok.

Kuar stupid quote, which i LOL.




"We now have exactly the same situation as we had at the start of the race, only exactly the opposite"- Murray Walker, Sportscaster


"I say no to drugs, but they don't listen."- Marilyn Manson, Singer



"We talked five times. I called him twice, and he called me twice."- Larry Bowa, California Angels coach



"If you or any member of your family has been killed..."- Lawyer commercial on TV, Orlando, Florida



"It is now 22 minutes past 8:30."- Lynn Russell, WKAT radio disc jockey


"I never apologize.I'm sorry, but that's just the way I am."- Homer J. Simpson



"If you walk backwards, you'll find out that you can go forwards and people won't know if you're coming or going."- Casel Stengal, former Baseball player



Tuesday, January 12, 2010

Does ur enemy read ur blog?

Agak awkward je bila memikirkan musuh tradisi membaca blog kita sebagai silent reader. Bukan strangers yea, ini enemy. Mereka ada permusuhan dengan kita di masa lalu. Dan mereka tau apa yang kita buat sekarang, apa yang kita experience. Mereka tengok gambar-gambar kita, anak kita, keluarga kita. Pendek kata mereka updated mengenai kita. Janggal bukan?

Kalau di FB boleh jugak nak block this person satu persatu. Kat blogger ni, agak payah la.

Kebelakangan ni, aku macam terpikir, musuh lama aku baca blog aku yang tak seberapa ni. Sebab aku letak url blog kat Myspace dan Friendster, dimana mereka pernah berada dalam friendlist aku sebelum didelete.

Ye, aku ramai musuh. Bukan aku cari, aku terlalu naif untuk bermusuh dulu. Mereka yang carik gaduh. Tikam belakang. Buat fitnah. Lupa kawan. Most of them is my ex-besfriend. Duri dalam daging. Gunting dalam lipatan.

Hey enemy,
if u read this, go and fcuk urself.
Stop stalking around, stop bein' pain in the ass.
Get a life.

Thursday, January 7, 2010

Yet another tragedy.

Tak sampai 2 minggu selepas tragedi kemalangan keluarga Pak Lang dimana kami kehilangan 3 orang saudara, sekali lagi keluarga kami ditimpa tragedi...

Kakak iparku, Lieyana keguguran with 5 months twins.. It's a big lost, really. Takde sorang pun tau baby dalam perut tu twin sebelum tu. Itu yang buat kami semua sangat-sangat sedih. The 1st twin,dengan berat 200 gram survive the first few second dan meninggal dalam pegangan akak iparku. The 2nd twin berat 250 gram lemas dalam perut. Punca tidak diketahui. Mungkin rahimnya tidak kuat.

Saat mengebumikan twins tu adalah yang paling sedih. Hanya kami berempat ; abang, mak, aku dan makcik akak iparku yang menyaksikannya. Tak sampai hati nak tengok masa mak angkat twins tu untuk disatukan dan diqiamkan dalam kain putih. Hanya sebesar lengan, tetapi cukup sempurna sifatnya. Muka seiras, hampir sama besar. Jari tangan twins sudah bercerai,sama dengan jari kita semua. Twins dikebumikan dalam satu liang lahad. Hanya air mata yang mengiringi..

Lepas mengebumikan twins, kami bergegas ke hospital. Akak iparku kelihatan tabah, Hatinya tiada siapa yang tahu. Sesekali air mata dia mengalir masa menceritakan saat-saat twins dikeluarkan. Keliling pulak, new born baby penuh. Bayangkan la..

Mak aku menamakan twins itu Adam dan Muhammad. Nama nabi pertama dan terakhir.

Kepada Lieyana & Along, tabahkan hati. Tuhan Maha Mengetahui, ada hikmah kepada semua yang terjadi. There will be two little angel waiting for you at heaven's gate, that's for sure :)

Lepas ni, cuba lagi. Bukan sejurus selepas ini ye. Sooner.


*Tanah Perkuburan Islam Taman Setapak Indah.


*Al- Fatihah.


Tuesday, January 5, 2010

KISS.

Keep It Simple, Sweetheart.


Monday, January 4, 2010

Bulu mata pelesu.


This bulu mata pelesu got everybody talking...
"Panjangnyeee."
"Pakai bulu mata pelesu ke ni?"
"Ikut siapa ni?"
"Geramnyeeee."
Ikut papa dia. Tapi tak sepanjang dan selentik ittew. Sangat panjang, lebat dan lentik. Aku sendiri jeles memandangnya. *apply mascara laju-laju.