Tak sampai 2 minggu selepas tragedi kemalangan keluarga Pak Lang dimana kami kehilangan 3 orang saudara, sekali lagi keluarga kami ditimpa tragedi...
Kakak iparku, Lieyana keguguran with 5 months twins.. It's a big lost, really. Takde sorang pun tau baby dalam perut tu twin sebelum tu. Itu yang buat kami semua sangat-sangat sedih. The 1st twin,dengan berat 200 gram survive the first few second dan meninggal dalam pegangan akak iparku. The 2nd twin berat 250 gram lemas dalam perut. Punca tidak diketahui. Mungkin rahimnya tidak kuat.
Saat mengebumikan twins tu adalah yang paling sedih. Hanya kami berempat ; abang, mak, aku dan makcik akak iparku yang menyaksikannya. Tak sampai hati nak tengok masa mak angkat twins tu untuk disatukan dan diqiamkan dalam kain putih. Hanya sebesar lengan, tetapi cukup sempurna sifatnya. Muka seiras, hampir sama besar. Jari tangan twins sudah bercerai,sama dengan jari kita semua. Twins dikebumikan dalam satu liang lahad. Hanya air mata yang mengiringi..
Lepas mengebumikan twins, kami bergegas ke hospital. Akak iparku kelihatan tabah, Hatinya tiada siapa yang tahu. Sesekali air mata dia mengalir masa menceritakan saat-saat twins dikeluarkan. Keliling pulak, new born baby penuh. Bayangkan la..
Mak aku menamakan twins itu Adam dan Muhammad. Nama nabi pertama dan terakhir.
Kepada Lieyana & Along, tabahkan hati. Tuhan Maha Mengetahui, ada hikmah kepada semua yang terjadi. There will be two little angel waiting for you at heaven's gate, that's for sure :)
Lepas ni, cuba lagi. Bukan sejurus selepas ini ye. Sooner.
*Tanah Perkuburan Islam Taman Setapak Indah.
*Al- Fatihah.
No comments:
Post a Comment