Wednesday, January 13, 2010

Molot Bocor.

Definisi.
Molot bocor adalah silap cakap. Sama ada seseorang itu nak cakap laju, tidak sengaja, pengaruh rakan sebaya atau memang dia dilahirkan dengan molot bocor. Contoh seperti berikut;



Situasi 1.
Tengah tunggu Putra LRT dengan N. Tren penuh.

Kebocoran.
N: "Hish. Ramai orang la. Bila nak sampai 'ten krosong' ni?"

Pembetulan: Tren kosong.



Situasi 2.
Lepas beli 2 large pop corn, 2 large pepsi dan satu buah hot dog 1901. Ditinggalkan seorang terkial-kial memegang kesemua makanan tersebut tanpa plastik.

Kebocoran.
Y: "Kau tinggalkan aku sorang pegang sume ni? Nah,pegang ni ni ni 'pop dog' ni."
(pop corn + hot dog)

Pembetulan: Pop Corn.



Situasi 3.
Tengah borak-borak dengan suami tentang zaman belajar.

Kebocoran: ".... pastu kan saya 'fell inpain'..."

Pembetulan: Fail Inpen. (Kolej Inpens)



Situasi 4.
Mak aku nak panggil anak aku. Aku selalu panggil Ayan, mak selalu panggil Adik.

Kebocoran : "Meh sini 'Ayik' "
(Adik + Ayan)

Pembetulan: Adik atau Ayan,either one.


Bahahahahaha.
Selepas semua kejadian di atas,proses penggelakkan dan pembahanan akan terjadi. Ia mungkin berlarutan sehingga berminggu-minggu dan bagi sesetengah kes, berbulan-bulan.

Ada lagi 18 ratus contoh, malas nak taip :D


1 comment: