Friday, May 21, 2010

Lagenda Budak Setan.

Bila dapat tau lagenda cinta Kasyah dan Ayu ini sudah difilemkan, aku hampir pengsan tak sedar diri. Ini adalah satu-satunya novel yang membuat aku tak tido malam dan berpeluh-peluh nak menyudahkannya. Ahadiat Akashah memang banyak memberi inspirasi kat aku, dulu. Asal masuk kedai buku je, carik novel Ahadiat yang terbaru. Novel lain tak jeling. Tu dulu. Sekarang, asal gi Kino atau MPH tak gi dah tempat novel melayu. Nak novel omputih je. Belagak. Ihiks.

Koleksi Ahadiat. Banyak, tapi banyak jugak yang ilang. Biasalah, kawan-kawan pinjam pastu bwat dek. Bwat muka tak salah bila mintak pulang. (If u read this, sila pulangkan. Aku janji tak marah). Budak Rap, Pesta Lova-Lova, Joy, Pearl Piah, Kau Doktor Hatiku, Pilot Cafe, Katerina, banyak lagi oke. Dan ada salah satu novel dia punya heroin bernama Eliana >_<

Aku harap filem ni sebagus novelnya. Nasib baik bukan Fasha Sandha jadi heroin. Ihiks.




No comments: