Thursday, August 19, 2010

Kuih Sopang.

Dulu arwah uwan aku selalu buatkan kuih ni time puasa. Rindunya kat arwah. Kuih ni kuih orang negeri sembilan. Sodap tau! Lomak-lomak, manih-manih yo. Den dah sms mak den suro buek sabtu ni, omak den okay yo. Yahoo! Kuih Sopang it is!

Ini resepi amek dari internet, lupe nak link source. Try lah!


Bahan inti:
1 biji kelapa parut
1 cawan gula merah
2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan

1 peket tepung pulut
1 biji kelapa (ambil santannya)
Garam

Cara:
1. Gaulkan tepung pulut dengan sedikit garam dan sedikit santan sehingga sebati.
2. Untuk membuat inti, satukan semua bahan ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan hingga inti kekuningan.
3. Bentukkan adunan tepung pulut tadi seperti membuat karipap dan letakkan inti. Buat sampai habis.
4. Letakkan kuih ke dalam pengukus dan tuang baki santan. Kukus hingga masak.

Sekian!

4 comments:

izawati ahmad said...

*drooling*
anyway lagi sedap kalau you buatkan, pastu hantar segamat.

eheh, apa ada hal ek?

naya said...

jgn kate kuih sopang, litar lumbar F1 Sepang pon i bole antarkan.. hehe.. ermm.. ok tak.

ALyn Alina said...

kak yana, kg. alyn kat bahau. tapi uwan kite,panggil kuih ni kan.. "epok-epok". cm terjelepok je munyi die en? ahahhaha.

naya said...

alyn, mungkin sebab pencipta kueh ni jatuh terjelepok semasa bwat kueh ni.
hehe.
kem salam kat uwan :)