Monday, December 22, 2008

Welcome Sayang.


The one that i've been waiting for has arrived.
He's here.
My precious MUHAMMAD RAYYAN AZARIQ.
Born at 2.22am 13th December 2008.
The light of my eyes.
Ailebiu sayang.


No. 21

21. It's WORTH it.

Friday, December 5, 2008

Top 20 Things No One Tells You About Pregnancy.

Yeah,read on.

1. No sushi.
2. Twenty-four-hour morning sickness.
3. Forty weeks (ten months) of pregnancy.
4. No aspirin.
5. Dog nose.
6. "Glow" is sweat.
7. Excessive flatulence.
8. Heartburn.
9. Ungodly constipation.
10. CRC (Can't Remember Crap)
11. Public petting.
12. Final erosion of personal identity.
13. Incontinence.
14. Broken capillaries.
15. Difficulty breathing.
16. Difficulty sleeping.
17. No hot tubs.
18. Spongelike water retention.
19. Clumsiness.
20. "Due date" is a figure of speech.

it's about time..

Bila nak belanak nih?

Hari-hari aku sebut ayat tu.Kain batik yang kupakai hari-hari tak basah lagi dengan air ketuban.Tiada juga tanda-tanda pendarahan juga pelendiran.Kontraksi ada juga rasa,tapi kejap kejap je.Pastu hilang dalam masa setengah jam,paling lama.
Kawan-kawan yang terdahulu ada yang beranak 35wks,37wks..

AKU?hari ni dah genap 39wks tahu!

Maybe esok kot.tak pun lusa.
Yang penting sebelum due date la hendaknya,sebab orang kata induce sakit.haih.

Mari bedoa supaya semuanya selamat.Aminnnnn.

Wednesday, November 26, 2008

Yani adalah Wonderpets sebenar.


Sepatutnya ahli Wonderpets ada 4.

Lenny,Tuck,Ming Ming dan Yani.

Dia berjaya menyelamatkan haiwan dalam kesusahan.


*Ini sewious!


Sunday, November 23, 2008

Tahun zodiak yang melampau.



Ya.ia agak melampau jika ditafsir ke bahasa melayu.

sila klik gambar untuk besarkan jika anda seorang rabun.

*sigh.



Thursday, November 20, 2008

37 weeks!

Oke,sekarang ini perut saya.









Friday, November 14, 2008

P.R.E.G.N.A.N.T

Definitely not ME.


Definitely not my perut.






ENJOY the b.e.a.u.t.y of pregnancy.




Thursday, November 13, 2008

Encik Kenis.

Lebih dikenali sebagai kencing manis.aku benci Encik Kenis ini.kerana beliaulah aku tak boleh lagi menghirup air bergas berwarna hijau kegemaranku,makan buah pear kesukaanku dan melapah coklat black forest kegilaanku.

I hate you Kenis.

"High blood sugar.It's risky"

Ye,saya paham.This i promise u,Puan Dietitian;

1. Saya takkan makan kuih-kuih manis lagi. (Lompat tikam,i see again next bulan puasa.And u too, puding caramel telur yang lazat)
2. Saya takkan keluar malam membeli eskrem mangkuk lagi (Oh ship!)
3. Saya akan cuba memakan sayuran selain kubis dan jagung muda.(Selamat berkenalan wahai pegaga yang pahit)
4. Saya akan minum banyak air kosong. (Babai sirap hijau)

Selepas selamat beranak dan berpantang Insya Allah aku akan memulakan kembali aktiviti terlarang itu.
Doakan aku dan baby selamat.

35wks and 6dys.





Thursday, October 30, 2008

isu gula naik dalam diriku.

ye.
isu gula bukan saja dirasai oleh semua masyarakat malaysia,tapi turut dirasai dalam diri aku iaitu badanku yang sedang menandung genap 34 minggu ini.

minggu lepas aku disuruh datang ke klinik mami dan baby(nampak kiut sedikit dengan nama ini) untuk MGTT iaitu aku disuruh berpuasa dari 10 malam dan datang ke klinik ambil darah kat lengan,pastu minum air gula satu tupperware,pastu tunggu 2jam dan ambil darah kat lengan lagi sekali.sangat boring.ujian ni untuk trace kandungan gula dalam darah atau lebih tepat kencing manis.ini kali kedua aku mengambilnya.

dan kelmarin,klinik mami dan baby call,suruh datang lagi untuk ambil darah kerana result MGTT kandungan gula diparas bahaya,ditulis dengan pen merah,dalam suasana yang mendebarkan 8.0.

jadi,aku datang lagi.

kali ni,lebih mual daripada minum air gula satu tupperware.aku disuruh datang ke klinik ambil darah 4x iaitu 8am,12pm,430pm dan 830pm.dengan ketiadaan lesen kereta,hal ini jadi sedikit leceh.mujur ada kereta merah putih bernama teksi.

result gula 4x ambil 4.4,7.4,6.3,6.1. (sila jangan beli nombor ekor,berdosa)

dan hari ini,klinik mami dan baby menalipon lagi.
'sila datang klinik esok,ambil surat doktor dan pergi hospital segera.

isu gula sangat mendebarkan bukan?

Tuesday, October 28, 2008

whoaa!



33wks baby.



Monday, October 20, 2008

baby's wish list.


Kehadapan yani.Berikut adalah baby's wish list,bukan aku.Sila lihat dan belikan.I know u will.




Baby cot ;)






Baby blanket ;-o






Baby's cradle :D




Baby's bottle cucu ;-x

Maceh yani.Selamat bersoping bersama yang lain.

Ailebiu ol ;-*











Wednesday, October 15, 2008

Debunga.




Aku pasti adik aku dah blog mengenai haiwan ini.haiwan ini menyerupai tikus,dimana aku membalingnya secara slow motion apabila adik aku berkata begitu.

Dia datang tanpa diundang(ada pulak kad undangan menjemput kucing ke rumah)

Muka dia tak bersalah,bulu dia bersih,buat muka kesian.

Apak bagi nama Debunga,walaupun dia seekor lelaki.


Selamat datang,Debunga.


Siap kau,nanti aku balik aku buat proses pendebungaan kat kau.




32 weeks now.

Gejala-gejala minggu ke-32 ;

1. Pinggang sudah semakin sakit.duduk kene tegak,bediri kene tegak.
2. Kadar kekerapan kencing yang berleluasa like 15 minute sekali.melampau!
3. Sesak nafas sehingga tidak boleh bergelak ketawa seperti dahulu lagi.
4. Semayang sudah kene duduk.peha sudahpon besa macam peha ayam kefsi.
5. Berat sudah naik 15 kilo bayangkan!
6. Tidur tidak lagi lena.tengah malam terjaga purata 3-4 kali.
7. Makan sangat banyak.baby gomok.
8. Kepala runsing memikirkan hari baby akan keluar.
9. Kaki yang bengkak,surut,bengkak,surut,bengkak.
10. Hormon tidak menentu.swing mood perkara biasa.
11. Muka yang sembab macam nirmala bonat tapi versi kiut.kahkah.

Friday, September 19, 2008

Lakiku yang sinis.

Sejak mengandung dah 6 bulan ni,aku selalu belek-belek perut aku depan cermin tanpa memakai baju.(sila jangan bayangkan.) Aku rasa diri aku agak seksi dengan bentuk badan sebegini rupa.Perut kedepan dan montot kebelakang.Auwww!

Satu hari,sedang aku berangan-rangan sambil menggosok perut di depan cermin,laki aku datang menerjah aku.

"Umphh,badan kau macam kanggaroo owh"

Aku gelak.Pastu laki aku suruh aku depankan kedua belah tangan dan benggokkan pergelangan tangan kebawah(cuba lah try).

Pastu dia pulak gelak.

"Haa tengok!Sebijik macam kanggaroo"

Sama-sama gelak.

Aku pandang cermin,senyum dan tidak sepatah pun menafikan.
Kerana itulah kebenarannya.
Aku seorang kanggaroo..

Beberapa hari kemudian,ketika aku sedang berdiri depan cermin berangan sambil menggosok perut lagi,time tu laki aku tengah golek-golek atas tilam.

Dia pandang je aku.Pastu terpacul sepatah ayat lagi dari mulut dia.
Sebelum tu dia gelak dulu.

"Badan kau macam liquid paper owhhh"

Aku gelak la,apa lagi.

"Liquid paper Papermate yang macam pen pastu tekan-tekan perut dia"

Sekarang,diriku adalah seorang liquid paper.Start hari tu,kalau sms dengan laki aku akan diakhiri dengan 'bubye liquid paper'.








Tuesday, September 16, 2008

It's a BOY!


Saat yang ditunggu-tunggu dah tiba.Semalam laki aku bawa aku scan 3D di Kelana Jaya-nak tengok baby's sex sekaligus tengok muka baby untuk kali pertama.

Yang scan perut aku bukan doctor.Dia student yang dah grad kat kolej tu.Oh lupa bagitau,tempat tu bukanlah sebuah klinik atau hospital,ia adalah sebuah kolej perubatan.

Perempuan bangsa cina,muda,pakai spek bingkai hitam,rambut panjang.Macam biasa,aku baring,bukak perut.Dia start scan lepas lumur gel berwarna biru kehijauan kat perut aku.

Tengok baby tengah tidur.

Dia belek-belek lagi perut aku.

"Ni..er, zakar dia." kata student yang dah grad tersebut,dengan bunyi ‘zakar’ diperlahankan.
Muka laki aku bekerut,tak dengar la tu.

"Nonek dia la." aku ulang suara.

"Ahhaa,apa itu..testis.ya,testis." Cina tu angguk-angguk.

"Oooo"

Aku senyum lagi lebar dari laki aku.Rasa macam nak nangis.

"Konfem ke boy?"

"Kalau tak salah,betul la lelaki." Cina tu senyum,betulkan spek mata yang meleret kat hidung.

Mata aku melekat kat skrin besar depan aku.tengok baby tidur dgn lenanya.satu tangan die tutup sebelah muka.Sama ada dia buat2 kiut atau dia pemalu.Bilik scan tu besar,ada banyak partition,maybe lebih dari 10.Alat scan dia moden.memangla moden,dah kata 3D,ada pulak 3D olskool.

Cina tu tekan2 butang lagi,tengok muka baby pulak.Tengah belek-belek muka dia,dia terjaga.Pastu dia golek-golek besenang lenang dalam rahim aku.

"Eh,tgk tu.dia gelak." Cina tu excited.

Aku dgn laki aku lagilah excited.Memang betul,baby aku tengah gelak.mulut die tebuka, gelak beria kot.Pastu baby senyum-senyum simpul.Cina tu snap gamba dia gelak.Aku rasa nak nangis lagi.

"Dia suka mummy dgn daddy tgk dia."

Puas hati aku.Dapat tgk muka baby aku for the very first time.
Lama jugak dia scan aku,dekat setengah jam.kejap telentang,kejap ngiring ke kiri,kejap ngiring ke kanan.Puas hati!
Sekarang baru aku tau kenapa aku rasa baby sepak kiri kanan.Rupanya satu kaki dia,satu tangan dia garu kepala sambil gelak sorang-sorang.haha.



Friday, September 12, 2008

atas ke bawah sikit?

hari tu aku tengok cerita hindustan.dulu aku memang berhantu tengok hindustan.sekarang dah jarang.tapi hari tu aku tengok,tapi sikit-sikit je.

ada seorang isteri tengah masak.dia baru kawin dengan laki dia.pastu kakak ipar dia datang.
perbualan dia lebih kurang camni.

"pandai ko masak ye."ujar si kakak ipar.

"boleh la sikit-sikit."

"macam terer je tu."(yang ni aku tambah sebab kalau tak sikit sangat dialog dia)

"nenek saya kata kalau nak pikat hati suami dari perut dia." senyum.

"yeke?nenek saya kata bawah sikit dari perut."

gelak,gelak dan gelak.

suke ah?

Thursday, September 11, 2008

haiiiiiyahhhhh~

Agaknya begitulah bunyi baby aku bila dia menendang dinding perutku.

"HAIIIIIYAHHHHH~"

semalam,dari pagi sampai malam dia asyik menendang.kuat pulak tu.kejap belah kiri,belah kanan,depan.nasib baik belakang xde.kadang2 belah kiri dan kanan serentak.cuba bayangkan aksi dia camane?dah macam aksi Jean Claude Van Damme tahan kaki kat kiri kanan pintu kan?aktif gila budak tecik niiii!

hari ni baby dah 26wks 6days.after 28wks nanti nak pegi scan tengok nonek dia.haha.

mummy can't wait to see you darling!

*WATTCHAA perut mummy belah kanan.ngahahahaha.

Tuesday, September 2, 2008

my precious-precious MOMO.

Ia bukanlah tajuk sebuah stereng kereta yang diimport dari Jepun.Ia adalah seekor kucing,dilahirkan dengan 2 beradik lain tapi semuanya mati dari kecil taktau apa punca.hanya seekor yang survive.jantan.aku bagi nama-MOMO.dari kecil momo memang kiut.mata bulat redup,misai panjang,muncung kecik,telinga besar,bulu putih oren-kaler wajib bagi kucing2 di rumah aku.

Sejak dari kecil,badan momo kuat menggigil.kami sekeluarga tunggu je time momo pandai bejalan,nak main kejar lidi ikat dgn plastik.dari sehari ke sehari,sebulan ke sebulan,momo tak pandai2 jugak nak bejalan.kucing2 lain yang sebaya momo sume dah pandai catwalk,panjat pokok jiran,main galah panjang tapi momo tidak.momo jalan mengesot2,mengigil2.selangkah dua momo akan jatuh dan bangun balik dan jatuh balik.kalau duduk pun,kepala momo menggigil dan menggeletar.dia boleh lari jugak,tapi mesti akan jatuh.kesian tengok dia,kadang2 ambik masa nak bangun balik.tapi dia tetap akan bangun.never give up.disebabkan itu,kami sekeluarga sangat2 sayangkan momo.momo sangat special.makan pon takleh makanan yang keras,kena beli yang lembut.momo tak pandai minum sendiri,kene bagi minum pakai jarum injection yg besar tu.tido pun dalam rumah-mak tak bagi dia tido luar.tak macam kucing2 lain,masok umah je,mak teros halau syuhh syuhhh.1st time aku tengok mak betul2 sayangkan kucing.pagi2 cari momo dulu,bagi makan minum,belai,buang taik mata dan telinga momo.mak panggil momo suka2 hati dia je.kadang2 memo,kadang2 amo.semua terikut2 dah.kami bagi momo sepenuh perhatian dan kasih sayang.

Dia suka cakar orang.tangan kami sekeluarga abes calar balar halus,ade yang calar panjang,yang calar dalam,dan juga bedarah dicakar momo.mungkin sebab dia rasa diri dia tak berupaya dan mempunyai sifat self protection yang tinggi.orang nak belai je dia cakar.tapi kami tak kisah.nak jugak belai.kalau dia berak dalam rumah pon mak x marah.time mak basuh tahi2 dia,mak saja2 lah hagah2 dia 'ni sapa punya taik ni?' mak bulat-bulat mata.pastu mak jawab balik sendiri 'taik amo la'. (mewakilkan momo) Momo pandang redup je kat mak,buat muka kesian macam bekata 'sory mak,amo tak tahan.nak kua mak tak bagi :D'
Ada pernah satu kali,momo eksiden dalam rumah.time tu apak je ada.momo telanggar pasu kaca mak yang tinggi.apak kata momo menggelitik sekejap,pastu ok balik.semua lega.camtu pun,lari laju gak.nasib baik kucing ada 9 nyawa.disebabkan kejadian tu,gigi taring momo patah satu.
Kuat makan,badan momo naik gila.gomok,baru 5 bulan umur dia.aku panggil dia 'tayang'(sayang la tu).masa tu aku dah nak dekat-dekat kawen,mak selalu risau "mana nak letak momo ni,nanti ramai orang datang rumah dia takut".memang momo takde kenal orang lain.die kenal apak,mak,aku,nani dan along sahaja.kalau orang lain datang,dia lari jatuh2 dan meyorok belakang sofa.tian tayang.
Satu malam tu,aku nak balik ke rumah sewa kat Taman Melati.aku sempat cium momo dan cakap 'babai tayang',tapi momo tak pandang langsung muka aku.badmood kot.sampai je rumah sewa,aku relax2 kejap,x lama tu dapat msg dari along. 'ngah.momo dah mati'. terhenti napas aku sekejap.aku ingat along bergurau,terus aku call along.along tak tipu,betul la-momo dah mati.time tu along sorang dekat rumah.apak dan mak hantar nani balik poli.along kat atas,dengar momo batuk kuat.turun bawah momo dah tebaring,nyawa2 ikan.dah tak sempat buat apa.aku meraung malam tu.aku call mak,mak pun tengah meraung.malam tu aku xleh tidur.mata aku bengkak keesokan harinya.bila cerita kat akak opis,dorang macam nak gelak,tapi control.mata bengkak2 ingatkan nangis sebab ape,sebab kucing mati rupanya.yela,orang yang tak sayang kucing takkan paham perasaan ni.sangat2 sedih.
Lebih kurang seminggu lagi aku nak kawen masa tu.mak kata,mungkin dia taknak orang risau nanti bila aku kawen nak letak dia kat mana.mungkin dia taknak menyusahkan orang lagi.
kami langsung tak kisah momo :(
Aku sedapkan hati,nanti kat syurga kita akan jumpa balik kucing2 yang kita sayang.dah banyak kucing yang aku sayang mati.Milo,T-Bone,Demok dll.tapi momo yang paling buat hati aku tesiat2.dan sampai sekarang aku masih rindukan momo.
Aku tak dapat tgk apak tanam momo malam tu.minggu depannya,bila aku balik rumah,terus pergi kat kubur momo-dekat laman belakang rumah.aku menangis lagi.


gambar 1st dengan momo.pagi2 mak selalu hantar dia kat bilik,kejut aku dan nani bangun tido.
momo pandai posing.tayang amo!




momo dah gemok gile,kua makan.time ni tengah sebok2 buat hantaran kawen.momo pon nak sebok golek-golekjugak.



momo dah besa sket.lek lek sak kok kat laman umah.


gamba porno momo.


suka gile makan coklat.sampai jari2 aku kene gigit.



gambar last.time ni katil pengantin baru sampai.momo sempat golek2 atas katil,for the last time.

ailebiu momo.nanti kita jumpa disana :)



apabila semua gambar diambil di dalam kereta.

maknanye itu adalah kereta baru,dengan spek mata itam besa drp muke sendiri dan bibir yg sengaja dimuncungkan dan mata dibulatkan.
wahkahkahkah.
kesian.

25th Bday.

26th August- aku telah disepraiskan setelah pulang dr keje.memang dah plan dgn laki aku 'mlm ni nak kep baskin robbin,satu slice pon jadik ah.ngidam ni.dah terase kat tekak' (ayat pancing agar si suami bersetuju).tup tup blk umah je,akak ipar aku bwat seprais die.laki pon blk awal.ape lagi,upacara potong kep ahh!yahuuu.

BEST!yang atas dalam kon tu ade 6 perisa.aku bantai makan 2 kon.yummy yummy,rase macam nak lagiiii.hihihi.



laki aku x saba2 nak potong kep.bday aku ke bday die ke?ailebiu gem.










Thursday, August 21, 2008

Escada-



Beberapa tahun yg lalu punye cite,bile tingat gelak sorang2.

mai : nok,ape name perfume yg ko baru beli tu?
aku : yg mane?
mai : ala,yg ko dpt beg tu..
aku : ooo..escada.
mai : escada ape?
aku : (sambil tersenyum) escada-risman. (S.Kadarisman-nama pelakon zaman dolu2)
mai : (gelak) btol2 la nok.
aku : escada-di pinggiran (sekadar di pinggiran-tajuk lagu francisca peter)
mai: babi.
aku: escada pacific paradise laaa.
hahaha.best kenekan org.


Sunday, August 17, 2008

Naya Simpson


Tidak ada secebis pon drp cartoon di atas menyerupai aku.haha.
Tapi kalo aku salah seorg dari watak simpson,inilah aku-Naya Simpson.
Try la di simpsonizeme.com.
Its fun tho.and its free.

Friday, August 8, 2008

The Notebook.




Sape dah tgk cite ni,angkat keyboard!!
Rugi sape x tgk lagik,pegi tgk skang.
Filem ni tahun 2004,lame dah.Aku telah menonton filem ni hampir 10 kali kot.Sangat cair melihat mata Noah merenung Allie nih.Waduhhh.ade lagi ke lelaki zaman skang yang mencintai pempuan camtu?

Aku dah mule tgk Ryan Gosling ni dari die kecik lagi.time tu die belakon cite kanak2 ribena lagi.tapi mmg dari dulu la die mencairkan aku.mata dan senyuman die.pehhhhh.
Jalan cerita filem ni tersusun dan mudah difahami walaupon korg tgk dalam keadaan kaki ke atas.Kalo nak tau sinopsis die,korang search la kat yahoo ke memane,byk sgt dah sinopis die.

The truest love.Kalo nak tau,si hero Ryan Gosling memule becinte dgn heroin Rachel McAdam dalam cite ni la.Betul2 becinte di luar tabir,dibelakang kamera.Dorg becinta gile2 jugak la macam dalam muvie ni.Dorang berdua ni juge ade menang Best Kiss Award 2005.Gile lah!Dan kat atas pentas tu,dorg tunjuk skali praktikal best kiss tersebut.






Tapi..tapi..jodoh dorang x bape nak panjang macam dlm muvie ni.dorang clash x lame pastu.
"She's the greatest love i ever had."Ryan mengeluarkan kenyataan tersebut tauuuu.gile charming kannnnn??Itu lepas clash tu,mase becinte ape kenyataan ntah die kuarkan.


But then aku dgr,dorg becinte balik pulak.Ok jugak.aku sukeeeee!Mayb tu gossip je kot.dorg penah dilihat besame2 jugak recently.mayb masih bekawan.ntah la.pape pon..they are my fav couple oke.
Ever.





Friday, August 1, 2008

She was a friend.

Back in 2004,aku time tu menyewa kat Cheras,keje kat Kinokuniya KLCC.
1st time i met her,my housemate brought her home.
Long curly hair,skinny,pierced nose(like me),smoked eyes and holding her Sampoerna- saying hi to me.her name is I.
She was jobless,menumpang sementara di rumah kami sementara mencari keje. At first,aku x seberapa rapat dgn die.aku mmg suke perhati je org kalo mule2 kenal. getting to know someone by learning how she act,talk etc.

She was OK.

Aku keje shift time tu,masok 9.30 pagi sampai 6 ptg atau 1 tghari smpai 9.30 mlm. kalo shift malam,aku suke melepak kat ruang tamu tgk muvie sampai 4-5pagi. and she was with me every damn nite,telling her life story. sejak dari tu kami rapat.

She was dumped by her boifren,and her mom forced her to engaged with another guy, which she hated. sad huh?

Setiap malam la aku lepak dgn die,menjadikan aku dgn die sgt rapat. Setiap malam la jugak,die dgn tiger beer dan Sampoerna,menceritakan keperitan die ditinggalkan boifren yg die sangat2 syg tu,yg kononnye juga telah dipakse dan dibomohkan untuk meninggalkan die.dan dorang xleh jumpe langsung dah. Sebab bile jumpe bf die akan saket apentah what so ever.
Well..

Memandangkan die x bekerja,aku beli nasik bungkus dan kami share makan bersame2.
Memandangkan kat umah xde washing machine,aku anta baju aku kat dobi,dgn baju die skali.
ade kami lepak kat Kino,dekat 2 jam(she hold the record,orang yg paling lama dapat layan kegilaan aku dalam kedai buku).Die yg rekemen novel Memoirs of Geisha kat aku.time tu filim tu x kua lagipon.Steven Spilberg pon tgh bace lagi buku tu.Lagu fevret kami She Will be Loved-Maroon 5.Sampai skang dgr lagu tu,tingat die.Ketawa?terbaik dari ladang.kalo bergabung,3-4 batu bole dengar.

Cerita2 die tentang bf die,membuatkan aku rase sayu semacam 'setia btol die ni'. Dan dalam ati aku berjanji,satu ari nanti aku akan bawak die jumpe bf die balik. aku sampai mengembunkan mata aku bile dgr cite sedey die. Dengan budak2 umah lain pon kami rapat juge,tapi x serapat macam aku dgn die.

Kalo aku malas nak keje,aku suro die call opis,kate ade kematian,aku EL.
I bought her a novel,too. P/S I love You.
Die suke sgt bace sinopsis buku tu,so aku belikan la,with 20% discount,staff purchase.heh.
Malam2 die tdo dgn membe aku lagi sorg tu,aku tdo bilik sorg.
Walaupon umah tu scary muvie gile,aku xtau nape aku berani sgt mase tu tdo sorg2. satu malam tu,die ketok bilik aku. 'dorang tdo lasak'die kate.yela,katil queen ko bantai tdo 3 org mmg la sempit. aku pon bagi die tilam nipis aku satu,tdo sebelah aku. huh.

Die la mengajar aku menggunakan eye liner,yg aku x penah pakai b4 tu. dan sampai skang,kalo x pakai eye liner,aku xkan kua umah. kuat btol pengaruh die kan?

Die ni,bukannye ade sifat yg terpuji pon.
X penah nampak die semayang pon,mengaji jauh skali. Pemalas nak mam.
Selalunye weekend kami masak.
Die?
Die tgk je,pasal masak nasik pon die x reti. tu xpe lagik,lepas makan,org kene bawakkan die air basuh tgn. Kalo die sak kok xde ashtray berdekatan,die tadah pakai tgn je.
bole?

Die ade mental problem kot,penah ade cubaan membunuh diri. bebuih mulut ni,nasehatkan die blah blah blah,macamla aku elok sgt. sedar la kejap,pastu malam mule la die merapu sorg2 x sedar diri, rindu sgt agaknye kat bf die.

Tunang die ade gak dtg umah,kdg2 mengacau. Membe aku si tuan umah dgn garangnya akan menghalau.
Aku x ingat bape lame aku bekawan dgn die,smpaila satu mase, sumenye berubah. Keadaan berubah dan die pon turut berubah. sgt menyedihkan aku,sebab die seakan lupe sume yg aku penah bwat utk die. sume macam ilang cam tu je.

Aku sampai terduduk memikirkan,nape la seorg kawan yg kite percaye,yg kite sayang dan kite byk tabur budi,bole bwat camni kat kite? in a very very short while.

Die berpindah rumah,aku pon.die dgn kawan baru die kondem2 aku,reka2 cite yg x best pasal aku.gile sedey babe.
Di hujung2 'persahabatan' aku dgn die,aku call die pon,die dgn aku cakap dah macam org lain.dah x seceria dulu.aku btol2 xtau nape,dan aku rase aku x penah sepatah pon bwat salah kat die.
Last aku call die,aku suro bf aku (yg skang somi aku)ckp dgn die,just want to find out how was she,hows shes doin and all.i was not pretending-i was really care of her.

And thats all.

Abes camtu je,die xde contact2 aku dah,dan sebab cite yg direka2 oleh die,die bwat aku jadi musuh, die pakat dgn kawan baru die,aku tersisih dan abes lah. Dan 2 thn lepas,aku ade dgr cite,die dgn kawan baru die dah gado jugak,kes curik duit,curik baju dll.
Padan la.
Kadang kite kene pilih kawan jugak,xleh main kawan je.
And i myself shud've know,dari perlakuan dan perangai die,menunjukkan die org yg macam mana,patut dibuat baik atau tidak,dan batasan2 berkawan dgn org camni.
I blame me.

Dan lagi,itu bukan kali terakhir aku kene tikam dgn kawan,ade lagi. Aku x penah serik kot bekawan dgn org camtu. Kebetulan,dorg berasal dr negeri yg same.banganggggg-

Pempuan punye cara berkawan x same dgn laki.Pempuan leceh.btol2 leceh. salah ckp sket xleh,gurau kasar xleh,siap lmbt,mandi lame,blow rambut la, shave bulu kaki,gile ke ape. Tapi x sume camtu lah.i have my own click who doesnt act like dat. Sbb tu aku prefer kawan dgn laki(no offence oke) Tapi laki ade jugak pangai mcm pempuan.
Leceh kan?

My somi salu berpesan,
'kawan la dgn org yg jual minyak wangi,nanti kite pon dapat wangi die'

Good Day.

Wednesday, July 30, 2008

Mari berkenalan.

Ini kali pertame menulis blog di halaman rasmi.
hahaha.i used to write blog on frenster and all,but its seems hard to exposed,u know lah sbb "alah,die ni ade dlm frenlist,xleh cite mende ni dlm ni blah blah blah".so byk hal kene senset.
so here i go.
mari berkenalan dulu.

Its YANA actually,disebabkan aku seorg yg senget,ia menjadi NAYA.
26 ogos depan,aku akan menjadi 25 tahun (sudah tua sedikit)
dari bedarjah satu hingga bedarjah 6,aku skolah kat SRK Gombak Satu.
"Gombak Satu dicipta,jasa muli-mulia"itu lirik lagi skolah versi main tibai.
Skolah menengah SMK Taman Melati form 1 dan form 2.
PMR dan SPM kat SMK Seri Serdang.

Whoaaa!!
Enuff of that,now i'm pregnant with my 1st baby,in 3 days it'll be 21wks.
It started to kick,and i started to eat eat and eat because every time i eat,its kick.

Kalo aku lmbt makan sket,beliau akan mengeraskan dirinye,majok la konon.
minum susu coklat,die suke la,lompat2 lagi.
pasang kaset Quran pon,die lompat.(lempang kang budak tecik ni)
Oh lupe,due pada 12th December.very well.
Sex,dunno yet.xnak scan lagi.i x kesah sex nyer,janji beliau sehat dan sempurna.
Ecececece.